Pelakon Veteran Roslan Salleh Jual Goreng Pisang Tampung Hidup

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 6:00 AM

Gambar terbaharu Roslan ketika diziarahi Timbalan Presiden Seniman Zack Kool.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon veteran Roslan Salleh menjalani kehidupan getir apabila terpaksa melakukan pekerjaan menjual kuih-muih dan pisang goreng di kampung halamannya di Aloh Gajah, Melaka untuk menyara keluarga.

Roslan, 59, berkata, dia kehilangan punca pendapatan sebagai pelakon sejak jatuh sakit dan disahkan menghidap diabetes pada tahun 2014.

"Saya terlantar sakit dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama dua bulan akibat diabetes, tekanan darah rendah dan tibi.

"Selepas itu keadaan saya agak teruk dan tidak mampu untuk bangun, selepas keluar hospital saya menetap di Kuala Lumpur kira-kira lima bulan sahaja.

"Disebabkan keadaan kesihatan saya tidak pulih lagi serta perbelanjaan yang tinggi kami sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah bapa mertua saya di Alor Gajah, Melaka," ujarnya kepada mStar Online

Gambar Roslan yang tersebar di laman sosial.

Roslan berkata demikian ketika ditanya tentang perkembangannya selepas foto menjual pisang goreng di Melaka tersebar di laman sosial.

Tambah Roslan, biarpun keuntungan hanya RM10 hingga RM30 sehari, namun dia bersyukur sedikit sebanyak dapat membantu menambah perbelanjaan harian keluarganya.

"Pendapatan saya tidak banyak pun kalau dapat RM10 sehingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur.

"Saya kena kuat mental dan fizikal untuk meneruskan kehidupan, kalau saya tidak kuat siapa lagi yang nak tanggung keluarga," ujarnya yang kini mempunyai seorang isteri dan tiga cahaya mata.

Sementara itu, Roslan yang baharu memulakan bisnes tersebut empat bulan lalu turut mengalami pengalaman pahit apabila dia tidak dibenarkan menjalankan perniagaan dan diberi notis tiga hari supaya berpindah oleh pemilik kedai.

Dia menganggap ia sebagai asam garam kehidupan dan yakin ada hikmah dengan setiap perkara yang berlaku.

"Pada mulanya saya tumpang meniaga di sebuah kedai tapi disebabkan saya ingin memohon lesen perniagaan kedai tersebut tidak mahu memberi kerjasama.

"Kedai itu memberi notis tiga hari kepada saya supaya mencari lokasi lain untuk berniaga, saya akui kawasan tersebut agak strategik dan ramai pelanggan tapi nak buat macam mana sudah tiada rezeki lama di situ," ujarnya.


Gerai terbaharu Roslan di Medan Selera Kelemak, Melaka.

Dia kini berniaga di Medan Selera Kelemak, Alor Gajah, Melaka.

Tambah Roslan, selain menjual pisang goreng dia juga mengambil upah bertukang secara kecil-kecilan di kawasan kampung berkenaan.

Sementara itu, ditanya tentang gambarnya yang menjadi viral, Roslan berkata, dia tidak sedikit pun berasa malu malah menerima kritikan atau pandangan negatif netizen dengan perasaan terbuka.

"Saya tahu gambar saya tersebar di internet, saya ada baca ramai yang bagi sokongan untuk saya terus kuat.

"Namun ada juga yang komen negatif dan perli-perli mengaitkan dengan kehidupan artis, tapi saya senyum sahaja dan tidak terasa hati," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Roslan Salleh

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan