Finalis APO2016: Norjuma Enggan Saman 'Penyamun' Ciplak Tudungnya

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 12:52 PM

Norjuma kini sibuk dengan perniagaannya iaitu sebagai pengasas tudung bawal Aidijuma. FOTO: ROHAIZAT DARUS

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas pengacara TV3 iaitu Norjuma Habib Mohamed tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang digelarnya penyamun iaitu mereka yang menciplak rekaan tudungnya.

Norjuma, 36, menganggap menyaman seseorang seperti dilakukan segelintir selebriti hanya akan melambatkan proses perkembangan perniagaannya selain membazirkan masa, tenaga dan kos.

"Saman adalah proses yang melambatkan perjalanan perniagaan sebab dalam proses saman, ia melibatkan banyak pihak.

“Kita mungkin boleh daftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), tapi proses pendakwaan, proses untuk menyatakan bahawa ‘inilah orang yang mencuri hasil kerja kita' adalah proses yang rumit dan menelan kos,” katanya kepada mStar Online.

Imej terbaharu Norjuma tetap cantik dan menawan.

Norjuma ditemui pada sesi temubual bersama deejay Brian di Suria FM pada Khamis.

Pengasas tudung bawal Aidijuma ini berkata beliau tidak gemar untuk ‘bising-bising’ kerana berpandangan tindakan itu sia-sia apabila aktiviti cetak rompak seolah-olah sudah diakui menjadi satu ‘industri’ di seluruh dunia.

“Saya tak naklah bising-bising, tapi sebenarnya saya bising seorang-seorang. Tak ada sesiapa pun yang nak dengar suara kita dan ambil tindakan secara jujur.

“Saya pernah utarakan perkara ini kepada pihak berkuasa tapi mereka sendiri kata benda ni (cetak rompak) sudah lama berlaku.

“Kalau orang yang kita cerita (masalah) pun cakap macam tu, kenapa kita perlu rendahkan hak kita dengan berbuat bising. Terus bergerak ke hadapan dan buat yang lebih baik,” tegasnya.

Ibu kepada tiga anak ini berkata buat masa ini beliau lebih senang memberi fokus dan menggunakan tenaga yang ada untuk bergerak pantas ke hadapan berbanding ‘melayan’ kegiatan penyamun yang dianggap tidak berpenghujung.

“Daripada kita bazir duit saman mereka, masuk mahkamah, lebih baik kita bazirkan semua tenaga yang ada itu untuk mencari idea-idea dan strategi-strategi baru untuk bangunkan bisnes.

“Pencetak rompak tak boleh lari lebih cepat daripada yang ‘original’. Kita yang mulakan perlumbaan ini jadi kita perlu lebih laju daripada orang yang nak ikut kita dari belakang,” katanya.

Norjuma bersama Brian di studio Suria FM pada Khamis lalu.
Bagaimanapun Norjuma menegaskan bahawa beliau tetap akan mengambil tindakan undang-undang sebagai jalan terakhir jika keadaan terlalu mendesak dan penciplak bertindak melampau.

Ditanya tentang perasaannya melihat kegiatan ini semakin berleluasa, lulusan Pengurusan Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini menyatakan kekesalan apabila melihat hampir setiap rekaan tudungnya menjadi mangsa cetak rompak dan dikeluarkan semula dalam kuantiti yang banyak setiap tahun.

Namun katanya sebagai ahli perniagaan tulin, beliau terpaksa melihatnya sebagai cabaran dalam dunia perniagaan tudung dan fesyen.

Norjuma berkata beliau pernah menghubungi sendiri penjual dan pihak yang menciplak rekaannya dengan harapan mereka boleh menarik balik perbuatan itu.

Katanya, kebanyakan mereka terdiri daripada orang yang lebih tua tetapi melakukan tindakan tidak matang terhadap idea-idea dan produk generasi muda yang sepatutnya mendapat penghormatan.

Dalam pada itu Norjuma adalah antara finalis Anugerah Pilihan Online (APO2016) yang tersenarai dalam kategori Ikon Niaga Muda Pilihan Online.

APO2016 akan berlangsung pada 30 April ini menerusi TV2.

Pengundian calon lima terbaik boleh dibuat menerusi laman http://apo.mstar.com.my/undi.aspx
Tags / Kata Kunci: Norjuma , Suria FM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan