Hanez Suraya Bengang Individu Jual 'Lesen Terbang' Guna Namanya

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2016 6:00 AM

Hanez tidak boleh bersabar tindakan melampau indvidu tidak bertanggungjawab.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya tidak dapat bersabar dengan tindakan individu yang menggunakan namanya di akaun Facebook palsu untuk menjalankan aktiviti menjual 'lesen terbang'.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 31, berkata, dia menerima puluhan e-mel daripada pihak yang terpedaya untuk membuat urusan tersebut.

"Akaun palsu itu sudah lama wujud kira-kira dua tahun lalu. Selalunya dia gunakan akaun itu untuk komen di laman-lama web artis untuk memburukkan sesuatu.

"Namun, sekarang sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar lagi dengan mereka yang menggunakan nama saya untuk tujuan jenayah seperti itu," ujarnya.

 

Laman facebook palsu yang menjalankan aktiviti lesen secara haram.

Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang akaun Facebook yang menggunakan namanya untuk menawarkan perkhidmatan lesen memandu secara haram tanpa melalui proses-proses sebenar dengan pihak Jabatan Pengangkutan Awam.

Tambah Hanez, dia menyedarinya apabila dihubungi oleh beberapa pihak agar meminta dia berhati-hati dengan perkara tersebut.

"Pada mulanya saya pelik kenapa ramai yang e-mel saya untuk bertanyakan tentang urusan tersebut kerana mereka terpedaya dan menyangka ia kepunyaan saya.

"Selepas itu, barulah saya kesan terdapat satu akaun yang menawarkan perkhidmatan itu. Saya sudah meninggalkan mesej agar dia berhenti mengaitkan nama saya," ujarnya.

Tambah Hanez, dia juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat sebagai melindungi dirinya daripada didakwa atas aktiviti haram itu.

"Saya malas nak layan, tetapi bila fikir balik ia adalah sesuatu yang agak serius dan saya harap pihak polis ambil tindakan kepada individu tersebut," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hanez Suraya

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan