Pasangan Kembar Antara Peserta Kanak-Kanak 'Tahfiz Muda'

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 12:35 AM

Antara peserta Tahfiz Muda

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan kembar antara yang terpilih dalam senarai 10 peserta yang akan mewarnai program realiti terbaru berkonsep islamik iaitu 'Tahfiz Muda' terbitan Astro Oasis yang akan menemui penonton, April ini.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali, berkata,  'Tahfiz Muda' merupakan sebuah program realiti yang menguji dan mencungkil bakat kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun yang berkebolehan menghafaz kitab suci Al-Quran.

“Jujurnya kami rasa amat berbesar hati kerana dapat menyediakan platform untuk anak-anak ini mengasah dan mengembangkan bakat dalam hafazan mereka selain dapat mendekatkan diri dengan Al-Quran pada usia  muda setiap masa.

“Selain itu, kami juga cuba memenuhi permintaan masyarakat untuk melihat sebuah program realiti kanak-kanak yang tidak terbatas kepada kebolehan menyanyi atau berlakon semata-mata. Harapan kami, 'Tahfiz Muda' mampu memberi suntikan positif khususnya golongan anak muda masa kini di dalam bidang keagamaan,” katanya kepada mStar Online.

Ahmad Fuad berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenal 10 Peserta Tahfiz Muda yang berlangsung di Hotel Park Royal, di sini, Selasa.

Tambahnya lagi, seramai 120 peserta telah menghadiri uji bakat pada Mac lalu di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur, di mana pihak Astro Oasis telah memilih 10 yang terbaik untuk di ketengahkan menerusi program yang bersiaran selama tujuh minggu ini.

10 peserta bertuah tersebut ialah Muhammad Syadril Idham Sable, 11, dari Perak, Muhammad Anas Ajwad Noor Hisham, 10, (Negeri Sembilan), Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9, (Kedah),  Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8, (Kedah) dan  Muhammad Haneef Kamarulzaman, 8, (Kuala Lumpur).

Turut terpilih ialah pasangan kembar iaitu  Muhammad Aminuddin dan Muhammad Amiruddin Mohd. Basir, 9, (Pulau Pinang), Fatimah Azzahra Bukhari, 12, (Perak), Nura Mohd. Nazir, 10, (Melaka) dan Mohammad Aqil Khair Mohamad Fairos, 11, (Perak).

Dengan mengangkat tema 'Quranku, Sahabatku', program untuk musim pertama ini akan diadili 100 peratus oleh juri tetap iaitu Ustaz Zamri Zainuldin sebagai hakim Tajwid, Pencetus Ummah (PU) Hafiz sebagai hakim Hafazan dan Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman sebagai Hakim Tarannum Kreativiti.

Manakala Iman Muda Asyraf  diberi tanggungjawab sebagai pengacara.

Lebih menarik, program ini akan turut menyaksikan pembabitan Ustaz Don Daniyal sebagai Murabbi (pembimbing) kepada para perserta 'Tahfiz Muda'.

Antara cabaran yang perlu dilalui para peserta antaranya menghafal surah-surah yang terkandung dalam jusuk 30.

Manakala kriteria pemarkahan akan dinilai dari segi tajwid, fashahah dan kelancaran, tarannum dan kreativiti, personaliti dan keterampilan dan asas fardu ain.

Juara ‘Tahfiz Muda’ bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro, naib juara akan mendapat RM7,000 beserta trofi, tempat ketiga RM5,000 beserta trofi dan tempat keempat RM3,000 beserta trofi.

Untuk musim ini, Almas Beauty & Health hadir selaku penaja.

'Tahfiz Muda' akan bersiaran pada setiap hari Khamis pukul 9 malam bermula 14 April ini di saluran Astro Oasis (106) dan siaran serentak di Maya HD (135).

 

Tags / Kata Kunci: Tahfiz Muda

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan