Suami Izin Noraniza Idris Lakukan Konsert Selepas Diminta Bersara

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 1:54 PM

Noraniza Idris meraikan ulangtahun ke-30 penglibatannya sebagai anak seni. Foto IBRAHIM MOKHTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Noraniza Idris mendapat keizinan daripada suaminya iaitu Jeffri Hudi, 57, terlebih dahulu bagi mengadakan konsert Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 Tahun yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, Selasa.

Ini kerana kata Noraniza, 48, suaminya sebelum ini pernah membuat permintaan agar dia meninggalkan bidang nyanyian dan memberi perhatian dan tumpuan kepada melakukan ibadah.

Malah kata Noraniza, dia juga bertekad untuk taat kepada permintaan Jeffri namun tidak menyangka suaminya memberi keizinan untuk mengadakan konsert bersempena 30 tahun penglibatannya dalam bidang seni.

"Jika diikutkan suami minta saya untuk tidak lagi menyanyi dan memberikan tumpuan kepada ibadah memandangkan usia pun semakin lanjut.

Noraniza dan penari memang tidak boleh dipisahkan. 

"Apabila idea untuk mengadakan konsert ini dibuat oleh pengurus saya, orang pertama yang saya rujuk adalah suami dahulu dan sekiranya dia tidak membenarkan maka tidak adalah persembahan istimewa ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas rakaman konsert berkenaan.

Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 Tahun akan disiarkan pada 10 April ini menerusi saluran TV1 pada pukul 9.30 malam.

Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Noraniza berkata, biarpun selepas ini dia tidak lagi aktif sebagai penyanyi namun dia masih akan melibatkan diri dalam kerja dibelakang tabir dan melatih bakat-bakat baharu berpotensi untuk terus memartabatkan seni muzik tradisional dan etnik kreatif.

Menyentuh perasaan...Noraniza ketika menyampaikan lagu Kasihnya Ibu.

Jelas Noraniza, istilah bersara tiada dalam kamus hidupnya dan akan terus menyumbangkan ilmu dan pengalaman kepada pelapis-pelapis sedia ada.

"Saya tidak bersara dan akan aktif di belakang tabir kerana ada banyak lagi perjuangan yang ingin saya lakukan dalam industri muzik tempatan.

"Kita sebenarnya mempunyai banyak pelapis berbakat besar dan sekurang-kurangnya mereka boleh menjadi kesinambungan kepada apa yang telah saya lakukan sebelum ini," ujarnya.

Ditanya adakah dia mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert besar-besaran, Noraniza berkata, keinginan itu sentiasa ada namun kini ia terletak kepada keizinan suaminya.

Persembahan Noraniza yang penuh warna-warni.

"Sebagai manusia biasa macam-macam keinginan yang ada dalam diri dan konsert terbesar itu memang menjadi impian saya sejak dahulu lagi.

"Insya-Allah jika berpeluang dan paling penting saya kena mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai Lentera Muzik Noraniza Idris Masyhur 30 Tahun, Noraniza berkata, dia mengambil masa sebulan untuk membuat persiapan menerusi empat segmen berserta pembukaaan dan penutup.

Kata Noraniza, dia cuba menampilkan kelainan pada konsert tersebut termasuk menggabungkan enam lagu etnik dan himpunan lagu rakyat fusion berkonsepkan transformasi budaya.

Noraniza turut berduet dengan artis dibawah naungannya, L'zzay menerusi lagu terbaharu Mohon Terasa.

"Dalam konsert ini juga saya turut membawa peminat mengimbau kembali perjalanan 30 tahun karier saya dalam industri muzik menerusi lagu-lagu yang mempunyai signifikan tersendiri kepada kerjaya saya.

Antara lagu yang disampaikan adalah Warisan Kita, Puncak Gapura, Mohon Terasa, Kasihnya Ibu, Hati Kama, Dikir Puteri, Hatinya Tak Tahan, Dondang Dendang dan Awallah Dondang.

Malah kata Noraniza, dia turut mengambil kesempatan tersebut untuk memperkenalkan beberapa lagu barunya yang dihasilkan bersama dua penyanyi yang juga komposer baru muda berbakat iaitu Ihab Ismail dan L’zzay.

"Saya juga turut mengundang 126 penari budaya untuk menjayakan persembahan ini termasuk lapan daripadanya pernah berkhidmat dengan saya sepanjang penglibatan dalam Anugerah Juara Lagu bermula daripada tahun 1997 sehingga 2005," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Noraniza Idris

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan