Faizal Tahir Bela Kanak-Kanak Terbiar Melalui Pertubuhan

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 6:00 AM

Faizal Tahir tidak menyangka lagu Assalamualaikum dapat sambutan di pusat karaoke.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Atas kesedaran untuk membela nasib kanak-kanak terbiar, penyanyi Faizal Tahir dengan inisiatif sendiri telah menubuhkan sebuah badan kebajikan iaitu Iamfaithmen Movement bagi mengutip dana membantu kanak-kanak malang di seluruh Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 38, berkata, projek amal itu akan memberi fokus kepada bantuan daripada sudut pendidikan kepada kanak-kanak malang berbanding sekadar memberi makan secara percuma.

"Saya sudah lama berhasrat untuk tubuhkan sebuah komuniti yang dapat mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak terbiar, namun ia betul-betul dapat dimulakan selepas lagu Assalamualaikum dapat ke pentas Anugerah Juara Lagu 29, Januari lalu.

"Dari situ saya terfikir untuk sebarkan mesej positif tentang kemanusiaan dan akhirnya pihak Redbox datang menghulurkan bantuan untuk membantu kami dalam usaha mencari dana tersebut," ujarnya kepada mStar Online.

Faizal berkata demikian selepas melancarkan tabung kebajikan Help For Kids dengan kerjasama pusat karaoke Redbox dalam majlis Penghargaan Media Red Box yang diadakan di Pavillion, malam Isnin. 

Sebanyak RM10 akan didermakan kepada dana terbabit menerusi penjualan beg amal Help For Kids yang dijual dengan harga RM25 di semua rangkaian Red Box dan Green Box. 

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia mahu membantu kanak-kanak terbiar itu daripada sudut berbeza terutamanya pendidikan tentang pengurusan diri sendiri.

"Saya tidak mahu buat perkara yang sudah biasa seperti meraikan mereka pada bulan Ramadan, saya fikir untuk fokus kepada pendidikan atau perkara-perkara lain yang membantu mereka untuk meneruskan kehidupan.

"Saya mahu mereka boleh hidup berdikari dengan pendidikan dan jaga diri sendiri untuk masa depan mereka, kami masih fikir lagi beberapa rancangan yang terbaik," ujarnya.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia kini dalam proses untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mengembangkan aktiviti kebajikan kepada beberapa cabang lain.

"Kami akan bekerja dengan pelbagai agensi lain untuk fokus kepada bencana alam, gelandangan dan pendidikan," ujarnya.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Faizal diumum sebagai penerima 10 lagu popular Anugerah Lagu Karaoke Popular Redbox menerusi lagu Assalamualaikum.

Mengulas perkara itu, Faizal berkata, dia tidak menjangkakan lagu berunsur keagamaan itu mendapat perhatian sehingga dinyanyikan di pusat karaoke.

"Ini memang saya tidak sangka kerana kebiasaannya orang mneyanyi di karaoke lagu-lagu jiwang seperti lagu Sampai Syurga atau Mahakarya Cinta.

"Lagu Assalamualaikum lebih kepada mesej, ia seperti lagu Gemuruh. Namun saya bersyukur kerana ia diterima daripada pelbagai sudut bukan sahaja hanya menyampaikan mesej," ujarnya.

Selain lagu tersebut, sembilan lagu Melayu popular yang tersenarai adalah Hanya Namamu nyanyian kumpulan Caliph Buskers, Terima Kasih Cinta (Tasha Manshahar), Hantu Atau Buaya (Nanasheme) dan Biarkanlah (Drama Band).

Manakala Sakitnya Tuh Di Sini (Cita Citata), Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Mewangi (Akim & The Majistret) dan Relakan Jiwa (Hazama) turut tersenarai.

Tags / Kata Kunci: Faizal Tahir

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan