RTM Tidak Pikul Tanggung Jawab Urus Kerjaya Bintang RTM

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2016 5:30 AM

Rosario Ninih Chamini Bianis bergelar juara BRTM 2016. Foto FAIHAN GHANI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan memikul tanggungjawab dalam menguruskan kerjaya peserta program Bintang RTM 2016 (BRTM) yang baharu sahaja memperlihatkan peserta dari Sabah, Rosario Ninih Chamini Bianis bergelar juara.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Datuk Adilah Shek Omar sebaliknya berkata, beliau berkeyakinan tinggi terhadap semua peserta program berkenaan mampu mencari peluang dan menguruskan kerjaya mereka tanpa sebarang sekatan mana-mana pihak.

"RTM sudah menyediakan platform untuk kesemua peserta menunjukkan bakat mereka dan kesemuanya mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.

Nor Fazrina (kanan), Rosario dan Nur Shafreeza dengan trofi kemenangan masing-masing. 

"Selebihnya mereka perlu berusaha sendiri dalam membina nama sebagai penyanyi dalam industri dan kami yakin mereka mampu bergerak sendiri," katanya.

BRTM 2016 yang berlangsung pada malam Sabtu lalu turut memperlihatkan Nor Fazrina Mohd Gani, 23, ditempat kedua manakala Nur Shafreeza Zainal Abidin, 22, ditempat ketiga.

Dalam pada itu, Adilah berkata, RTM tetap akan mengutamakan peserta BRTM 2016 menerusi program-program terbitan jabatan kerajaan itu selain memberi promosi menerusi medium radio.

Nor Fazrina atau Eryn optimis meskipun tidak bergelar juara.

Malah katanya, ada beberapa komposer terkenal menunjukkan minat untuk mencipta lagu baharu untuk para peserta bagi memperkenalkan diri mereka sebagai penyanyi.

"Kita tidak mahu mengikat mereka dan biarkan mereka bebas mengembangkan karier seni mereka termasuk di stesen televisyen swasta.

Pun begitu RTM tetap menyokong mereka dengan mengambil mereka mengisi dalam program-program hiburan yang ada di TV1 dan TV2," katanya.

Sementara itu, Rosario ketika ditemui berkata, biarpun masih baharu dalam industri muzik namun dia bersemangat untuk membina namanya sebagai penyanyi disegani di negara ini.

Rosario terkejut apabila muncul juara BRTM 2016.

Malah katanya, dia cukup bertuah apabila komposer terkenal, Ajai sudi untuk menerbitkan single pertamanya dalam masa terdekat ini.

"Ini adalah impian saya sejak dahulu lagi dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan diberikan oleh barisan juri profesional yang memilih saya sebagai juara.

"Wang kemenangan sebanyak RM20,000 saya akan gunakan sebaik-baiknya untuk mengembangkan karier seni saya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan