Tiga Tahun Marsha Simpan Lagu Cinta Buat Suami

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Marsha Milan Londoh memberitahu dia mencipta lagu terbaharunya berjudul Sudah Ku Temui sejak tiga tahun lalu pada detik awal percintaannya bersama suami iaitu Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 29.

Marsha, 30, berkata, lagu berkisarkan tentang coretan hati buat insan tersayang itu pada awalnya dibuat hanya untuk simpanan peribadi samata-mata.

“Lagu ini saya cipta sejak tahun 2013 ketika mula-mula bercinta dengan suami, pada mulanya lagu ini hanya sekadar coretan idea untuk simpanan peribadi sahaja.

“Namun ketika sibuk membuat persiapan perkahwinan, timbul idea untuk merakamkan lagu tersebut sebagai dedikasi khas buat suami tercinta dan lagu ini telah dimainkan buat pertama kalinya  ketika majlis resepsi perkahwinan saya di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada bulan Januari lalu,” ujarnya kepada mStar Online.

Marsha Milan Londoh selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015 kira-kira pukul 8.55 malam di Pulau Pinang.

Selain itu, tambah Marsha, lagu berkenaan juga didedikasikan khas buat peminat-peminat yang setia menyokong kerjayanya sepanjang 11 tahun dalam bidang seni.

Marsha turut berharap, single terbaharunya ini menjadi kesinambungan kerjayanya sebagai penyanyi.

“Saya sangat teruja untuk mempromosikan single terbaru saya ini dan ia bagaikan suatu anjakan untuk saya  terus bergiat  aktif dalam bidang nyanyian.

"Harapan saya dengan penghasilan single ini agar kerjaya nyanyian saya akan terus berkembang maju dimasa akan datang” ujarnya.

Lagu yang mendapat sentuhan komposer Tam Spider ini juga sudah mempunyai muzik video tersendiri.

Kata Marsha, menerusi muzik video tersebut dia turut berkongsi saat-saat indah sepanjang majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan.


Tags / Kata Kunci: Marsha Milan Londoh

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan