GSC Papar Warna Biru Tanda Sokongan Bulan Kesedaran Autisme

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2016 3:12 PM

Filem Redha bakal ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 14 April ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bersempena dengan Bulan Kesedaran Autisme pada April, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) akan memaparkan warna biru dalam usahanya dalam meningkatkan kesedaran umum tentang penyakit tersebut.

Selain paparan warna biru, GSC juga bakal menayangkan filem arahan Tunku Mona Riza berjudul Redha yang mengangkat kisah menyentuh hati tentang kehidupan pasangan yang mempunyai seorang anak lelaki autistik.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Namron, Junainah (June), Nadia Nisaa, Remy Ishak, Mak Mah dan Susan Lankester.

Redha bakal menemui penonton di seluruh negara bermula 14 April ini termasuk di 20 pawagan GSC.

Dengan setiap pembelian tiket Redha di GSC, RM1 akan didermakan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) untuk membiayai aktivitinya.

Autisme ialah keadaan yang menjejaskan perkembangan otak, menyebabkan kesukaran dalam pergaulan sosial, komunikasi lisan dan bukan lisan.

Keadaan ini lebih banyak dialami oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Autisme tidak mengenal perbezaan kaum, etnik dan sosial.

Dalam pada itu, platform dalam talian GSC akan berwarna biru dan laman media sosialnya akan memaparkan petikan tentang autisme.

Manakala kakitangan pawagamnya akan memakai butang lencana biru sebagai menyokong inisiatif meningkatkan kesedaran terhadap autisme sepanjang bulan ini.

"Usaha meningkatkan kesedaran sangat penting kerana ia adalah langkah pertama untuk menyelami perasaan dan mendapatkan penerimaan untuk semua individu dan keluarga mereka.

"Mereka terpaksa berdepan dengan stigma sosial atau pandangan serong masyarakat terhadap autisme," menurut kenyataan daripada GSC kepada mStar Online pada Sabtu.

Pelanggan boleh merujuk laman GSC di www.gsc.com.my dan Aplikasi Mudah Alih GSC untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini di media sosial GSC.

Tags / Kata Kunci: GSC , Redha

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan