Izelan Basar Dilantik CEO TV AlHijrah Yang Baru

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2016 11:38 AM

Izelan Basar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat Eksekutif Kandungan Agama dan Pegawai Khas kepada Pengerusi Astro iaitu Izelan Basar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) TV AlHijrah berkuat kuasa Jumaat.

Stesen televisyen berkonsepkan agama Islam itu dalam kenyataannya kepada mStar Online memaklumkan, Izelan menggantikan Wan Alias Che Wan Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Mac lalu.

Izelan, 57,  mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran dengan penglibatan di saluran saluran televisyen di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Arab Saudi, Indonesia dan di Singapura.

Semasa di Astro, Izelan bertanggungjawab melahirkan saluran gaya hidup muslim iaitu Astro Oasis dan juga terlibat di peringkat awal penubuhan TV AlHijrah.

Beliau mempunyai pengalaman luas dengan penglibatan hampir 22 tahun dalam bidang penyiaran dan merupakan perintis kepada program-program berunsur keagamaan dan ilmiah antaranya Pencetus Ummah, Imam Muda, Ustazah Pilihan, Tanah Kubur, Jemputan Umrah, Khabar Haji, Salam Muslim, Pelayaran Islamik dan Ustaz Kazim - Kalau Dah Jodoh.

Sebelum ini, beliuau pernah bertugas di Chase Manhattan Bank, Amanah Merchant  Bank, Suruhanjaya Sekuriti, Ntv7 dan Perunding kepada kandungan politik Astro.

Beliau juga pernah bertugas sebagai penyampai berita di ntv7 dan pengarang bilik berita stesen itu.

Tags / Kata Kunci: Izelan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan