Artis Baharu Warnai Senarai Pencalonan 'Top 5' APO2016

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 2:30 PM

Majlis Pengumuman Finalis APO2016

  • 1 of 6
  • ap2

    Hafiz Suip bersama peminat.

  • ap3

    Chef Azli bersama penyampai radio Suria fm iaitu DJ Lin dan Halim Othman.

  • ap4

  • ap5

    Petugas Startv menemubual Dayang Nurfaizah.

  • ap6

    Petugas mStar TV dan Startv menemubual jemputan yang hadir

  • ap7

    Petugas mStar TV menemubual Chef Azli yang turut hadir.

x
(Ubah saiz teks)

mStar Default Image


PETALING JAYA: Artis-artis baharu mewarnai senarai pencalonan lima terbaik Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang bakal berlangsung pada 30 April depan.

Menerusi sembilan dari 17 kategori yang melibatkan selebriti, ia memperlihatkan pelakon dan penyanyi baharu mendominasi senarai dengan sekurang-kurangnya dua pencalonan.

Kategori Aktres Terbaik Pilihan Online memperlihatkan persaingan lima penjuru bintang-bintang baharu iaitu Ayda Jebat, Janna Nick, Mia Ahmad, Mira Filzah dan Zara Zya.

Janna, Mira dan Mia turut terpilih menerusi kategori Wanita Anggun Pilihan Dnars bersama-sama penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan juara program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana.

Hafiz bergambar kenangan dengan kakitangan Star Media Group.

Siti masih membuktikan beliau mempunyai pengikut yang kuat apabila mendominasi senarai pencalonan termasuk Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online  dan Ikon Fesyen Pilihan Online.

Manakala Siti Nordiana turut terpilih menerusi kategori Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online disamping Ayda Jebat, Dayang Nurfaizah dan Stacy.

Kategori Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online pula memperlihatkan persaingan di antara Hazama, Hafiz Suip, Faizal Tahir, Syamel dan Sufi.

Dalam pada itu, Sahahrul Ridzwan satu-satunya artis lelaki baharu yang tersenarai dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Pilihan Online dan memperlihatkan dia bakal bersaing dengan nama besar iaitu Aaron Aziz, Adi Putra, Shahiezy Sam dan Zizan Razak.

Hazama sempat mendendangkan sebuah lagu pada majlis berkenaan.

Saharul, Aaron Aziz, Adi Putra, Shaheizy Sam dan Fattah Amin turut terpilih bagi merebut trofi kategori Lelaki Tampan Pilihan Dnars.

Abam, Johan, Jepp, Jihan Muse dan Zizan Razak pula tersenarai lima terbaik menerusi kategori Selebriti Komedi Pilihan Online manakala Akim & The Majistret, Bunkface, Caliph Buskers, Defam dan Forteen bakal bersaing untuk kategori Grup Pilihan Online.

Penyampai Radio Pilihan Online pula menyaksikan persaingan di antara AG, Fara Fauzana, DJ Lin, Johan dan Radin.

Dalam perkembangan sama, Bintang Sukan Lelaki dan Wanita Pilihan Online pula memperlihatkan nama-nama seperti Azizulhasni Awang, Datuk Lee Chong Wei, Nazmi Faiz, Farah Ann, Datuk Nicol David dan Pandelela Rinong terpilih ke senarai lima terbaik.

Chef Adu dan Datuk Fazley Yaacob tercalon dalam kategori Chef Selebriti Pilihan Online.

Manakala Pasukan Sukan Pilihan Online pula memperlihatkan persaingan di antara Kelantan (bola sepak), Kedah (bola sepak), JDT (bola sepak), PPBN (bawah 13) dan Pasukan Memanah Wanita Kebangsaan.

Antara kategori yang turut dipertandingkan adalah Ikon Niaga Muda Pilihan Online, Blog Pilihan Online, Chef Selebriti Pilihan Online dan Selebriti Media Sosial Pilihan Online.

Pengumuman top five dibuat oleh Editor Eksekutif, Rozaid A. Rahman.

Proses pengundian fasa kedua bermula 1 April hingga 27 April depan dan sepanjang tempoh itu undian boleh dibuat setiap hari (sekali sehari) menerusi akaun Facebook, Instagram dan Google di laman web apo.mstar.com.my

Janna Nick tercalon menerusi dua ketegori.

Debaran APO2016 mulai dirasai selepas peringkat pertama berakhir pada 31 Mac dan pengumuman senarai pencalonan lima terbaik itu diadakan di Menara Star di sini, Khamis.

Semasa tempoh pencalonan yang bermula 3 Mac sehingga 30 Mac 2016, pihak penganjur menerima kira-kira 120,000 pencalonan yang dibuat menerusi laman web khas APO2016 iaitu apo.mstar.com.my

Ia memperlihatkan sambutan luar biasa apabila wujud keghairahan orang ramai khususnya penggemar media digital untuk mengambil bahagian dalam penganjuran APO2016 yang buat julung kalinya diperkenalkan oleh portal mStar Online bersama stesen radio Suria FM.

Paling meriah, hastag #APO2016 yang boleh diikuti menerusi Facebook, Twitter dan Instagram menyaksikan pelbagai ragam dan telatah khususnya mereka yang mempunyai kelab peminat artis dalam usaha melakukan kempen pencalonan agar artis mereka tersenarai dalam calon lima teratas.

Dayang Nurfaizah tercalon menerusi kategori Penyanyi Terbaik Pilihan Online.

Malam kemuncak APO2016 bakal diadakan pada 30 April 2016 (Sabtu) dan akan dipancarkan secara langsung menerusi TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur, pukul 9 malam.

Ia bakal dimeriahkan dengan gabungan tiga pengacara iaitu pasangan deejay Suria Pagi, Suria FM iaitu Adibah Noor dan Baki Zainal yang akan disokong oleh pengacara hebat Awal Ashaari.

Acara ini bertemakan Glam Digital yang bakal menyaksikan pentas dan laluan karpet berwarna ungu (purple carpet) sebagai simbolik kepada kemeriahan tema yang dibawa.

Pemenang bagi setiap kategori bakal menerima trofi , hadiah dari penaja utama Dnars,  seutas rantai mutiara sumbangan Rafflesia, jam tangan jenama Ice Watch dan penginapan serta makan malam sumbangan hotel Dorsett Putrajaya.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan APO 2016:


1. AKTOR TERBAIK PILIHAN ONLINE

ADI PUTRA
AARON AZIZ
SAHARUL RIDZWAN
SHAHEIZY SAM
ZIZAN RAZAK

2. AKTRES TERBAIK PILIHAN ONLINE

AYDA JEBAT
JANNA NICK
MIA AHMAD
MIRA FILZAH
ZARA ZYA

3. PENYANYI LELAKI TERHEBAT PILIHAN ONLINE

HAZAMA
HAFIZ SUIP
FAIZAL TAHIR
SYAMEL
SUFI

4. PENYANYI WANITA TERHEBAT PILIHAN ONLINE

AYDA JEBAT
DAYANG NURFAIZAH
SITI NORDIANA
SITI NURHALIZA
STACY

5. LELAKI TAMPAN PILIHAN DNARS

AARON AZIZ
ADI PUTRA
FATTAH AMIN
SAHARUL RIDZWAN
SHAHEIZY SAM

6. WANITA ANGGUN PILIHAN DNARS

JANNA NICK
MIA AHMAD
MIRA FILZAH
SITI NURHALIZA
SITI NORDIANA

7. SELEBRITI KOMEDI PILIHAN ONLINE

ABAM
JOHAN
JEPP
JIHAN MUSE
ZIZAN RAZAK

8. GRUP PILIHAN ONLINE

AKIM & THE MAJISTRET
BUNKFACE
CALIPH BUSKERS
DEFAM
FORTEEN

9. PENYAMPAI RADIO PILIHAN ONLINE

AG
FARA FAUZANA
DJ LIN
JOHAN
RADIN

10. BINTANG SUKAN LELAKI PILIHAN ONLINE

AZIZULHASNI AWANG
FAIZ SUBRI
LEE CHONG WEI
MOHD SAFIQ RAHIM
NAZMI FAIZ

11. BINTANG SUKAN WANITA PILIHAN ONLINE

ANN OSMAN
FARAH ANN
FATEHAH MUSTAPA
NICOL DAVID
PANDELELA RINONG

12. PASUKAN SUKAN PILIHAN ONLINE

KELANTAN (BOLASEPAK)
KEDAH (BOLASEPAK)
JDT (BOLASEPAK)
PPBN (BAWAH 13)
PASUKAN MEMANAH WANITA KEBANGSAAN

13. IKON FESYEN PILIHAN ONLINE

AWAL ASHAARI
NEELOFA
SCHA AL-YAHYA
WAK DOYOK
SITI NURHALIZA

14. IKON NIAGA MUDA PILIHAN ONLINE

NAELOFAR HIJAB
BURGER BYTE
BELLA AMMARA
BURGER BAKAR KAW-KAW
AIDIJUMA

15. BLOG PILIHAN ONLINE

BEN ASHAARI
SIAKAP KELI
CIK EPAL
EMAS PUTIH
SENSASI SELEBRITI

16. CHEF SELEBRITI PILIHAN ONLINE

CHEF AZLI RAZALI
CHEF ADU AMRAN
CHEF FAZLEY YAAKOB
CHEF NIK MICHAEL
CHEF WAN

17. SELEBRITI MEDIA SOSIAL PILIHAN ONLINE

AMRAN FANS
UCOPPP
LUQMAN PODOLSKI
FAIZ DICKIE
MAT LUTHFI

Tags / Kata Kunci: APO 2016

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan