Linda Hashim Nyaris Diperdayakan Individu Pakej Rawatan Lepas Bersalin

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2016 5:45 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim kesal terhadap seorang seorang wanita yang mahu mengambil kesempatan kepadanya dengan melakukan promosi produk perkhidmatan tanpa mahu mengeluarkan sebarang bayaran.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 32, berkata, pada awalnya peniaga tersebut menawarkan dia tajaan perkhidmatan percuma bagi urutan dan penjagaan bayi sepanjang tempoh berpantang namun berlaku sebaliknya selepas tempoh itu.

Kejadian ini berlaku pada selepas saya bersalin, mereka datang untuk tajaan perkhidmatan menguruskan saya dan bayi sepanjang tempoh berpantang selama 30 hari.

"Semuanya berjalan lancar dan sepanjang tempoh itu saya juga membantu mereka mempromosi perkhidmatan yang ditawarkan di Instagram seperti biasa, namun selepas tamat tempoh itu dia minta saya datang ke pejabatnya untuk sesi bergambar," ujarnya kepada mStar Online.


Antara perkhidmatan daripada syarikat individu tersebut ialah pakej urutan dan penjagaan bayi selepas bersalin.

Linda berkata, individu tersebut meminta dia melakukan sesi fotografi untuk menjadi model iklan di laman web rasmi dan laman sosial bisnes mereka.

Tambah Linda, individu itu juga tidak faham apabila seseorang personaliti itu mahu dilantik sebagai jurucakap ataupun imej mereka digunakan atas tujuan promosi produk, perlu ada kontrak yang turut menyatakan bayaran dan sebagainya.

"Saya datang ke pejabat dia untuk berbincang secara terperinci dan tiba-tiba terdapat beberapa jurufoto dan jurukamera video untuk melakukan rakaman dengan tujuan pengiklanan.

"Saya beritahu dia tajaan pekej urutan selepas bersalin kepada saya sebelum ini adalah perkara berbeza dan dia tidak boleh ditukarkan dengan cara menggunakan gambar saya sesuka hati bagi tujuan pengiklanan.

"Tapi dia bertegas tidak mahu membayar apa-apa untuk tujuan itu, malah meminta saya membayar semua perkhidmatan tajaannya yang bernilai RM4,000," ujarnya.

Linda berkata, permintaan individu itu tidak munasabah kerana sepanjang tempoh berpantang, Linda sudah mempromosikan pakej yang ditawarkan itu di media sosialnya hampir saban hari.

Katanya, apa yang dikongsi di laman Instagramnya itu juga telah memberi impak besar sehingga individu itu berjaya memperoleh ribuan pengikut di laman sosial.

Linda berkata, perkara ini memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak terpedaya dengan penaja yang tidak bertanggungjawab.

Dia juga berharap mana-mana pihak yang ingin bekerjasama soal pengiklanan dan tajaan perlu mengetahui beberapa konsep promosi dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan artis untuk tujuan pemasaran barangan mereka sesuka hati.

Linda melahirkan cahaya mata perempuan keduanya iaitu Anggun Cassandra pada 29 Disember 2015, manakala anak sulungnya Jelita Clarissa kini berusia 2 tahun.

Tags / Kata Kunci: Linda Hashim

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan