Noorkumalasari Akan Berlakon Jika Waktu Solat Tidak Diganggu

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 5:45 AM

Noorkumalasari terbuka untuk kembali berlakon sekiranya tawaran diterima tidak menggangu waktu solatnya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Noorkumalasari belum memutuskan sebarang keputusan mengenai tawaran untuk membintangi sebuah drama yang mengangkat kisah ibu bapanya iaitu Datuk S Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum dalam masa terdekat ini.

Pelakon yang pernah terkenal dengan filem-filem seperti Adik Manja, Esok Untuk Siapa dan Mira Edora itu bagaimanapun mengakui ada menerima tawaran tersebut daripada pihak produksi.

"Benar ada tawaran seperti dilaporkan tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa pengesahan atau perbincangan mengenai perkara itu.

"Jadi tiada sebarang keputusan yang dibuat buat masa sekarang berhubung sama ada saya akan berlakon atau pun tidak," katanya kepada mStar Online.

Noorkumalasari mengulas mengenai laporan sebuah ruangan gosip akhbar pada Ahad yang mengatakan dia bersetuju untuk kembali berlakon dan menunjukkan kesungguhan membintangi drama mengenai hidup orang tuanya itu.

Dalam pada itu, Noorkumalasari berkata, dia terbuka untuk kembali berlakon sekiranya jadual penggambaran tidak menggangu waktu solatnya di masjid.

"Jika tawaran berkenaan menarik dan ia tidak menggangu waktu solat saya di masjid selain tidak memerlukan saya membuka hijab dan melanggar ajaran Islam yang lain, Insya-Allah saya terima," katanya.

Tags / Kata Kunci: Noorkumalasari

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan