Tema 'Melayu Klasik' Serikan Resepsi Jihan Muse & Ungku Hariz

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 1:11 PM

Pasangan pengantin baharu, Ungku Hariz dan Jihan Muse diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Melayu Klasik pada malam Ahad. Foto AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tampil dengan persalinan songket berwarna kuning, pasangan pelakon Jihan Muse dan Ungku Hariz mencuri tumpuan ketika diraikan dalam majlis resepsi kedua mereka yang berlangsung di Menara NAZA di sini, malam Ahad.

Bertemakan Melayu Klasik, pasangan mempelai tiba di lokasi majlis tepat pada pukul 9 malam dengan diiringi paluan kompang serta selawat sebelum menuju ke singgahsana yang dihias indah mengikut tema.

Tambah menarik, hadirin yang terdiri daripada keluarga, kenalan rapat dan rakan artis turut hadir menggayakan pakaian mengikut tema sekaligus menghidupkan aura majlis berkenaan.

Jihan dan Ungku Hariz kelihatan anggun dengan persalinan songket kuning. 

Biarpun diadakan secara santai dan sederhana dengan hanya dihadiri lebih 300 tetamu namun ia cukup meriah dengan kehadiran bintang-bintang terkenal seperti Erra Fazira, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Ella, Datuk Aznil Nawawi, Yana Samsudin, Raja Azura, Faezah Elai dan Achey.

Acara pada malam itu juga turut ceria dengan jenaka daripada Nabil Ahmad yang bertindak sebagai pengacara pada malam itu.

Terdahulu, Jihan, 33, sah bergelar isteri kepada Ungku Hariz, 31, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di Laman Kayangan di sini pada 20 Mac lalu.

Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis. 

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Musa Abdul Aziz dengan disaksikan Pendaftar Kanan Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhamad Sujak Muhamad Dasuki.

Jihan yang anggun mengayakan pakaian pereka fesyen Rizman Ruzaini pada hari bahagianya itu menerima mas kahwin berjumlah RM300 daripada Ungku Hariz, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Kedua-dua mereka terlebih dahulu menjalin hubungan cinta selama sembilan tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Persembahan tarian daripada rakan artis. 

Dalam pada itu, pada majlis berkenaan, rakan-rakan selebriti seperti Sharifah Sakinah, Elfira Loy, Fara Fauzana, Zara Zya dan Nad Zainal bergabung memberikan persembahan tarian Melayu lama.

Tampil dengan persalinan sedondon kebaya songket berwarna putih aksi mereka pada malam itu berjaya mencuri tumpuan tetamu dengan aksi bersahaja mereka mengikut tema resepsi berkenaan.

Penyanyi Dafi, sempat menyanyikan sebuah lagu khas untuk pengantin pada malam itu menerusi lagu Anak Kampung selain persembahan daripada kumpulan Ghazal.

Tags / Kata Kunci: Jihan Muse , Ungku Hariz

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan