Awie Bakal Terbit Filem Kisah Cinta Dengan Erra Fazira

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 5:45 AM

Awie bakal menerbitkan sebuah filem tentang kisah percintaannya dengan aktres Erra Fazira pada tahun 1990-an. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Awie merancang untuk menerbitkan sebuah filem yang mengangkat kisah cintanya bersama aktres Erra Fazira ketika pertengahan tahun 1990-an.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, idea menghasilkan naskah tersebut bagi menceritakan kisah sebenar tentang hubungan mereka yang mungkin tidak diketahui oleh peminat.

"Projek berkenaan sudah lama saya rancang tetapi banyak perkara yang perlu saya teliti terlebih dahulu termasuk meminta kebenaran daripada Erra untuk mendedahkan tentang kisah kami dalam sebuah filem.

"Apabila saya utarakan idea berkenaan kepada Erra dia positif mengenainya dan sekiranya segalanya berjalan lancar, Insya-Allah ia akan menjadi projek terbaharu saya," katanya.

Erra dan Awie mula menjalinkan hubungan cinta selepas sama-sama membintangi filem Sembilu sebelum mengikat tali pertunangan pada tahun 1996.

Bagaimanapun ikatan berkenaan terlerai dua tahun kemudian sebelum Awie berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998.

Awie dan Erra pernah mengikat tali pertunangan pada tahun 1996.

Pasangan itu muncul dalam filem terbaharu berjudul Warna Cinta Impian arahan N. S. Krishna.

Ia turut dibintangi oleh Shiqin Kamal, Erwin Shah Dawson, Azlee Khairi, Nazeera Sardi, Fad Bocey dan penampilan istimewa Datuk David Arumugam. Ia bakal menemui penonton di pawagam pada 31 Mac ini.

Dalam pada itu, Awie berkata, filem itu nanti bukan bertujuan untuk mendedahkan aib mana-mana pihak sebaliknya ingin menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di antara mereka ketika itu.

Bagaimanapun kata Awie, bukan 100 peratus kisah mengenai mereka akan difilemkan sebaliknya hanya perkara penting sahaja akan dimasukkan dalam jalan ceritanya.

"Bukan semua tetapi sebahagian sahaja yang pada pandangan saya perlu dijelaskan kepada penonton kerana ada perkara yang menjadi sebutan sebelum ini masih tidak terjawab sehingga hari ini," katanya.

Malah kata Awie, jika segalanya berjalan lancar dia dan Erra akan sama-sama menerajui filem itu sebagai pelakon dan berhasrat untuk menyunting Erma Fatima sebagai pengarah.

Barisan pelakon filem Warna Cinta Impian.

Dalam perkembangan lain, Awie berkata, dia tidak memberi jawapan mudah apabila produksi warna Cinta Impian menawarkannya tawaran untuk bergandingan dengan Erra dalam filem berkenaan.

Sebaliknya kata Awie, dia meneliti skrip naskah berkenaan terlebih dahulu selain berbincang dengan Erra sama ada mereka perlu menerima projek berkenaan atau sebaliknya.

"Saya tidak mahu projek berkenaan sekadar tangkap muat dan sekadar untuk meraih publisiti semata-mata tetapi biarlah ia dapat meninggalkan kesan.

"Lama juga sebelum saya memberi jawapan dan selepas melihat kesungguhan produksi dan membaca skrip filem tersebut baharulah saya bersetuju," katanya.

Tambah Awie, tidak sukar untuk kembali bergandingan dengan Erra kerana sebelum ini mereka pernah bekerjasama dalam beberapa projek lain termasuk teater.

Tags / Kata Kunci: Awie , Erra Fazira , Warna Cinta Impian

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan