Liyana Jasmay Tunggu Tiga Tahun Untuk Tambah Anak

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 6:00 AM

Liyana Jasmay. Foto BRIAN MOH/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit Liyana Jasmay merancang sekurang-kurangnya tiga tahun lagi untuk menambah bilangan cahaya mata. 

Liyana, 28, berkata, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap pembesaran dua orang anaknya iaitu Sofea Arissa, 2, dan Selena yang baharu berusia 3 bulan. 

"Saya belum fikir untuk tambah anak lagi, kalau boleh biar anak sulung saya menginjak usia lima tahun dahulu. 

"Saya mahu fokus besarkan mereka dahulu, tapi kalau ikutkan rancangan keluarga saya mahu empat orang cahaya mata," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu. 

Liyana berkata ditemui pada majlis ramah mesra bersama Liyana Jasmay di Butik Mermaid Store KL, di sini, Sabtu. 

Liyana berkahwin dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari 2013. 

Liyana Jasmay bersama peminat.

Selain itu, Liyana berkata, jadualnya agak padat bagi menguruskan beberapa perniagaan perniagaan termasuk produksi Mermaid Studio.

Katanya, dia juga bakal melancarkan single terbaharunya ciptaan The Good Fellas pada April depan.

"Jadual saya agak sibuk selepas sahaja bersalin Januari lalu. Perniagaan tudung dan pakaian Mermaid Store juga kini semakin berkembang dan setelah setahun beroperasi, kami membuka peluang perniagaan kepada stokis.

"Setakat ini sudah ada 22 stokis termasuk di Singapura dan Brunei," ujarnya.

Kata Liyana, dia juga dalam proses untuk melancarkan koleksi baju raya pada Mei depan.

Sementara itu, menyentuh soal kerjaya lakonan, Liyana berkata, dia hanya berlakon dibawah produksi sendiri Mermaid Studio.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran produksi luar berikutan masalah masanya yang tidak menentu selain enggan menyusahkan pihak lain.

"Buat masa ini saya selesa bekerja dengan produksi saya sahaja kerana masa saya tidak menentu, kadang-kadang saya perlu balik segera melihat anak saya.

"Bagaimanapun, saya akan fikirkan jika ada tawaran yang baik dan tidak boleh dilepaskan," ujarnya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan