Fara Fauzana Tidak Berminat Tubuh Kelab Peminat

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 5:00 AM

Fara beri peluang kepada muka baharu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana sedar salah satu sebab dirinya gagal tersenarai sebagai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 29 (ABPBH29) kerana tiadanya kelab peminat.

Bagaimanapun, Fara, 36 berkata, dia tidak berminat untuk menubuhkan kelab peminat untuk menyokong kerjaya seninya seperti yang dilakukan kebanyakkan artis masa kini.

"Trend artis sekarang ada kelab peminat, manakala saya pula tidak pernah ada kelab peminat sejak bergelar selebriti.  Pernah ada seorang individu menawarkan khidmat untuk kendalikan kelab peminat saya, tapi saya tolak sebab bagi saya ia tidak mendatangkan apa-apa faedah.

"Saya lebih suka berkomunikasi secara terbuka kepada peminat-peminat saya. Kalau ada kelab peminat banyak hati yang perlu dijaga dan akan menjadi lebih rumit," ujarnya kepada mStar Online.

Fara berkata demikian ketika diminta mengulas tentang namanya yang tidak tercalon dalam sebarang kategori di ABPBH29 yang diumumkan baru-baru ini.

Fara pernah memenangi kategori Anugerah Pengacara TV Wanita Popular ABPBH 2005 – 2012 dan juga Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2006 – 2014.

Dalam pada itu, Fara berkata, dia tidak terkilan apabila namanya tidak tersenarai sebagai finalis dalam mana-mana kategori Anugerah Bintang Popular 29 (ABPBH29) yang diumumkan Rabu lalu.

Katanya, dia mahu memberi peluang dan laluan kepada muka baharu untuk bertanding pada tahun ini.

"Nama saya ada pada senarai pencalonan awal bagi kategori Penyampai Radio Popular tapi tidak ada rezeki saya untuk tahun ini.

"Tidak mengapalah, saya tidak sedih atau terkilan dan biarlah saya bagi peluang kepada muka-muka baharu pula untuk bertanding," ujarnya. 

Tags / Kata Kunci: Fara Fauzana

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan