Shiqin Kamal Kurang Menyerlah Kerana Fokus Belajar

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 12:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Shiqin Kamal berkata, punca namanya kurang menyerlah biarpun pernah tampil dalam lapan buah filem sebelum ini kerana dia memberi fokus kepada pengajiannya di universiti.

Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 25, berkata, sepanjang tempoh belajar dia hanya menerima tawaran lakonan ketika cuti semester kerana tidak menggangu pengajiannya terjejas.

"Saya tahu nama saya tidak sehebat pelakon lain kerana sebelum ini saya memang jarang muncul di mana-mana majlis atau cerita saya keluar di akhbar kerana memfokuskan pengajian di universiti.

"Sepanjang enam tahun pengajian saya hanya mengambil tawaran ketika cuti semester sahaja dan saya tidak berasa ralat pun. Bagi saya,  pendidikan itu penting selain berazam untuk menamatkan pengajian tepat pada waktunya," kata Shiqin kepada mStar Online.

Shiqin ditemui pada majlis pra-tonton filem Warna Cinta Impian di Cathay @E-Curve di sini, Khamis.

Filem arahan N. S. Krishna itu turut dibintangi oleh Awie, Erra Fazira, Erwin Shah Dawson, Azlee Khairi, Nazeera Sardi, Fad Bocey dan penampilan istimewa Datuk David Arumugam.

Shiqin Kamal muncul dengan filem terbaharu berjudul Warna Cinta Impian.

Ia bakal menemui penonton di pawagam pada 31 Mac ini.

Shiqin tamat pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor pada 2014.

Dalam pada itu, Shiqin mengakui bukan mudah untuk dia kembali membina nama sebagai pelakon selepas tamat pengajian dan tidak pernah mendapat sebarang tawaran selama lima bulan.

Bagaimanapun dia tidak berputus asa kerana lakonan adalah minatnya dan sanggup kembali bermula dari bawah.

"Alhamdulillah walaupun pernah tiada tawaran selama beberapa bulan tetapi berkat kesabaran saya kembali mendapat jemputan daripada produksi.

"Saya mahu kukuhkan kembali karier saya kerana bidang lakonan adalah minat saya sejak kecil," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai filem Warna Cinta Impian, Shiqin berkata, dia berasa bertuah dapat bergandingan dengan Awie dan Erra Fazira kerana mereka mempunyai pengalaman cukup besar.

Malah dia juga berbesar hati diberi kepercayaan memegang watak utama menerusi naskhah berkenaan.

"Banyak kenangan manis semasa berlakon filem ini dan paling penting jalan ceritanya berlainan ditambah dengan penampilan pelakon terkenal iaitu Erra dan Awie," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shiqin baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Seharum Rindu musim kedua dan telefilem Hantu Malam Raya untuk siaran pada Aidilfitri depan.

Tags / Kata Kunci: Shiqin Kamal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan