Muka-Muka Lama Terpilih Lima Terbaik ABPBH 29

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2016 5:14 PM

Artis dan mereka yang terlibat dalam ABPBH 29. FOTO: RICKY LAI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 29  (ABPBH 29) menyaksikan muka-muka lama terpilih ke peringkat akhir iaitu lima terbaik anugerah itu.

Kumpulan rock legenda, Wings terpilih menerusi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular manakala Awie tersenarai dalam kategori Artis Versatil Popular.

Pelakon dan pengarah Erma Fatima tersenarai menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular bersama Emma Maembong, Fathia Latif, Siti Elizad dan Siti Saleha.

Pelakon 80-an Faizal Hussein pula membuat kejutan mendapat lima teratas menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

Pengumuman lima finalis akhir ABPBH 29 diadakan di Balai Berita NSTP, Bangsar di sini  pada Rabu.

Dalam pada itu, pelawak Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 28, pula mendapat tiga pencalonan iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Komedi Popular dan Pelakon Versatil Popular.

Antara muka-muka baharu yang turut tercalon adalah Ir Radzi (Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular), Ruhainies (Artis Baharu Wanita Popular), Elena Harris (Penyanyi Wanita Popular) dan Nur Risteena (Pelakon Filem Wanita Popular).

ABPBH 2016 akan diadakan pada 8 Mei depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan bersiaran menerusi TV3.

Penganjuran tahun ini bertemakan #RESPEK, peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka bermula 25 Mac hingga 22 April depan untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori sekali gus memilih Bintang Paling Popular, 2015.

Berikut adalah senarai penuh lima finalis untuk ABPBH 29

Artis Baharu Lelaki Popular
1. Ippo Hafiz
2. Ir Radzi
3. Nadzmi Adhwa
4. Redza Rosli
5. Sufi

Artis Baharu Wanita Popular
1. Falisha Crossley
2. Janna Nick
3. Mira Filzah
4. Nana Sheme
5. Ruhainies

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Abam
2. Remy Ishak
3. Shaheizy Sam
4. Sharnaaz Ahmad
5. Syafie Naswip

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Emma Maembong
2. Fathia Latiff
3. Neelofa
4. Nur Risteena
5. Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Faizal Hussein
2. Fattah Amin
3. Kamal Adli
4. Remy Ishak
5. Sharnaaz Ahmad

Pelakon TV Wanita Popular
1. Emma Maembong
2. Erma Fatima
3. Fathia Latiff
4 Siti Elizad
5. Siti Saleha

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Asfan
3. Hazama
4. Ir Radzi
5. Syed Shamim

Penyanyi Wanita Popular
1. Adira
2. Aishah Aziz
3. Ayda Jebat
4. Dayang Nurfaizah
5. Eleena Harris

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
1. Akim & The Majistret
2. Hafiz Suip & Adira
3. Joe Flizzow & SonaOne
4. Tasha Manshahar & Syed Shamim
5. Wings

Artis Komedi Popular
1. Abam
2. Amir
3. Ebby Yus
4. Shuib
5. Zulin Aziz

Artis Versatil Popular
1. Abam
2. Ajak Shiro
3. Awie
4. Didie Alias
5. Ifa Raziah

Pengacara TV Popular
1. Hazlin Hussein
2. Izreen Azminda
3. Neelofa
4. Sherry Alhadad
5. Wak Doyok

Penyampai Radio Popular
1. Abby Fana (Sinar)
2. Deen (Hot)
3. DJ Lin (Suria)
4. Feeya Iskandar (Sinar)
5. Fizie (Hot)

ABPBH Kategori Online

Artis Aksi Selfie Popular
1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Elfira Loy
3. Emma Maembong
4. Fazura
5. Nazim Othman
6. Nora Danish
7. Saharul Ridzwan
8. Scha Alyahya
9. Shukri Yahaya
10. Zizan Razak

Personaliti Media Sosial Popular
1. Amran Fans
2. Atita Haris
3. Faizdickie
4. Kevin Zahri
5. Lara Alana
6. Mat Lutfi
7. Queen of Luna
8. Ucop
9. Vivy Yusoff
10. Wak Doyok

Artis Ikon Respek
1. Aishah Sinclair
2. Daphne Iking
3. Datuk AC Mizal
4. Datuk Aznil Nawawi
5. Hafiz Hamidun
6. Heliza Helmi
7. Maya Karin
8. Mizz Nina
9. Sazzy Falak
10. Scha Alyahya

Artis Trending Popular
1. Arja Lee
2. Atikah Suhaime
3. Ayda Jebat
4. Fasha Sandha
5. Fazura
6. Sharnaaz Ahmad
7. Tasha Shilla
8. Uqasha Senrose
9. Yuna
10. Zizan Razak

Artis YouTube Popular
1. Ainan Tasnem
2. Eleena Haris
3. Ippo Hafiz
4. Najwa Latif
5. Nana Sheme
6. Siti Nordiana
7. Syed Shamim
8. Tasha Manshahar
9. Wani (Kun Anta)
10. Wani Kayrie

Tags / Kata Kunci: ABPBH 29

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan