Bicara Kes Awie Pukul Rozana Di Kaunter PNB Pada 10 & 11 Mei Depan

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2016 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin ini menetapkan 10 dan 11 Mei ini untuk perbicaraan kes penyanyi Rock Awie yang didakwa mencederakan bekas isterinya di kaunter PNB Jalan Tun Razak, dua tahun lepas.

Majistret Husna Dzulkifly menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan sementara menunggu keputusan representasi.

Terdahulu peguam Hazman Harun yang mewakili vokalis kumpulan Wings atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, itu memaklumkan pihaknya telah menyerahkan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mac lepas, bagaimanapun keputusan masih belum diperoleh.

Mahkamah juga menetapkan 14 April ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui keputusan representasi itu.

Pada 15 Feb lepas, Awie yang juga bapa kepada lima anak mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Rozana Misbun, 38, di kaunter PNB Jalan Tun Razak, di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Majistret Ampang melepas dan membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang selepas mereka bersetuju kes itu diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan permohonan maaf secara terbuka daripada pihak Awie.

Tags / Kata Kunci: Awie , Rozana Misbun

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan