'Kau Aku Kita' Bolot 6 Anugerah DFKL 2016

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 11:00 PM

Drama terbitan JS Pictures berjudul Kau Aku Kita diumumkan sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL). Foto SHAARI CHEMAT / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Drama terbitan JS Pictures berjudul Kau Aku Kita diumumkan sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam Sabtu.

Drama 26 episod yang disiarkan di slot Lestary itu turut merangkul enam kategori lain iaitu Pengarah Pilihan yang dimenangi oleh Azman Hj Yahya (Jinggo) dan Skrip Pilihan, Rehal Nuharis. 

Selain itu, pelakon utama drama tersebut iaitu Saharul Ridzwan dan Janna Nick merangkul kategori Aktres Pilihan, Aktor Hero Pilihan dan Pasangan Pilihan. 

Sementara itu, pelakon baharu Ruhainies memenangi kategori Antagonis Pilihan menerusi drama Hello Mr Perfect. 

Anugerah DFKL merupakan kali ketiga dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9, membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Februari hingga 6 Mac lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.


Saharul Ridzwan dan Janna Nick dipilih sebagai Pasangan Pilihan.

Pemenang lapan kategori utama membawa pulang trofi sumbangan TV3.

Undian terbabit turut memilih lagu tema drama Eksperimen Cinta berjudul Mungkin Kamu nyanyian Sissy Iman sebagai Lagu OST Pilihan.

Selain kategori utama, DFKL turut mempertandingkan Drama Pendek Terbaik yang diadili oleh juri profesional yang memilih drama Kembara Si Kecil arahan Muhammad Firdhaus Rahmat sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM10,000.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 dihoskan oleh Fizi Hot Fm, Amyra Rosli dan Fattah Amin. 

Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Fareez Mentor, Qody Mentor, Wanie Mentor dan Akim & The Majistret.

Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2015.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur:

1. Drama Pilihan: Kau Aku Kita

2. Aktres Pilihan: Janna Nick (Kau Aku Kita)

3. Aktor Hero Pilihan: Shahrul Ridzwan (Kau Aku Kita)

4. Pengarah Pilihan: Azman Hj Yahya (Kau Aku Kita)

5. Antagonis Pilihan: Ruhainies (Hello Mr Perfect)

6. Skrip Pilihan: Rehal Nuharis (Kau Aku Kita)

7. Lagu/ OST Pilihan: Mungkin Kamu (Eksperimen Cinta)

8. Pasangan Pilihan: Saharul Ridzwan & Janna Nick

9. Drama Pendek Pilihan: Kembara Si Kecil

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan