Atikah Suhaime Belum Sedia Kahwin Walaupun Ada Kekasih

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mac 2016 5:30 AM

Atikah Suhaime masih belum bersedia untuk berkahwin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Atikah Suhaime masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga walaupun sudah mempunyai teman lelaki.

Atikah, 26, berkata, buat masa ini dia ingin memberi fokus kepada karier lakonannya terlebih dahulu yang masih baharu.

"Belum terfikir lagi untuk berkahwin, Insya-Allah kalau ada jodoh pasti saya akan maklumkan kepada semua.

"Buat masa ini biarlah saya memberi fokus kepada karier terlebih dahulu kerana saya pun masih baharu dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari," katanya.

Dalam pada itu, Atikah berkata, teman lelakinya juga berpandangan sama mahu kami menstabilkan karier masing-masing sebelum berkahwin.

Jelasnya, perkahwinan bukan perkara yang perlu diambil mudah kerana pelbagai perkara perlu dikira termasuk persediaan diri.

"Kami masih muda dan jauh lagi perjalanan kami. Buat masa ini biarlah kami stabilkan karier terlebih dahulu dan barulah fikir soal kahwin," jelasnya.

Atikah dan teman lelakinya tidak menyasarkan tempoh tertentu untuk berkahwin dan meletakkan perkara itu kepada jodoh.

Sementara itu, Atikah berkata, biarpun sebelum ini namanya terpalit dengan beberapa kontroversi kurang enak namun teman lelakinya sentiasa menyokong dia dan meminta agar lebih kuat dalam mengharungi cabaran sebagai selebriti.

Malah katanya, pemuda berkenaan sentiasa memberi sokongan kepada kariernya dan mahu dia memberi fokus dalam mencipta nama sebagai salah seorang pelakon berkaliber.

Dalam perkembangan lain, Atikah muncul dengan filem Kipidap! Selamatkan Hari Jadi berharap peminat akan menyukai filem berkenaan kerana ia sebuah naskhah kekeluargaan yang sarat dengan pelbagai mesej.

Malah kata Atikah, pengalaman berlakon disamping Rani Kulup yang terkenal dengan tagline kipidap itu cukup menarik.

Selain Atikah dan Rani Kulup, filem itu turut dibintangi oleh Hafreez Adam, Vicha Syawho dan Kartina Aziz.

Ia sedang ditayangkan di pawagam.

Tags / Kata Kunci: Atikah Suhaime

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan