Isteri Bantu Tomok Bagi Tip Tugasan Universiti

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 6:00 AM

Tomok kini sedang menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia (UUM).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Tomok memberitahu isterinya Rahayu Abbas banyak membantu dia dalam menyelesaikan tugasan universiti diterima daripada pensyarah memandangkan wanita berkenaan adalah bekas graduan pusat pengajian tinggi.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 32, berkata, Rahayu atau Ayu sentiasa memberikan tip cara untuk membuat nota selain membantunya mempersiapkan diri sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester pertama baru-baru ini.

Tidaklah isteri yang buat tugasan saya tetapi sebagai orang yang pernah belajar di universiti dia banyak beri tip kepada saya untuk memudahkan tugasan diterima.

"Apabila dia berkongsi pengalaman dan memberi maklumat kepada saya baharulah saya sedar bukan mudah sebenarnya untuk menerima segulung ijazah.

"Malah selepas menyambung pengajian di UUM saya kagum dengan penuntut universiti yang boleh menyiapkan tugasan diberikan tepat pada waktunya," kata Tomok.

Tomok kini sedang menyambung pengajian diperingkat ijazah sarjana muda, Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) kampus Kuala Lumpur sejak Oktober tahun lalu.

Selain bekas vokalis kumpulan New Boyz itu, beberapa artis lain seperti Raja Mukhriz, Kautsar (Alam Band), Zahid, Aril, Ammar AF, Maulana, Laika AF, Adiba Yunus, Ristoe, Pekin Ibrahim dan Achap (Pretty Ugly).

Tomok tampil dengan single terbaharu berjudul Patahkan Sayap.

Dalam pada itu, Tomok mengakui kadang-kala dia berasa tertekan dengan pelajarannya namun dia menganggap ia sebagai perkara biasa bagi seseorang penuntut universiti.

Bagaimanapun selain isteri, rakan-rakan sekuliah banyak memberi semangat dan dorongan untuk meneruskan perjuangan mendapatkan segulung ijazah.

"Bukan mudah sebenarnya dan saya sendiri kadang-kadang berasa tertekan tetapi saya anggap ini sebagai satu pengorbanan yang akan mendatangkan pulangan lebih besar pada masa hadapan, Insya-Allah.

"Alhamdulillah baru sahaja selesai semester pertama dan tidak sabar pula untuk mulakan pengajian peringkat seterusnya," ujarnya.

Sementara itu, Tomok berkata, biarpun sibuk dengan pengajian di universiti namun ia tidak menggangu karier seninya.

Ini kerana kata Tomok, kelas hanya diadakan hanya pada setiap Rabu dan Khamis dan selebihnya dapat digunakan untuk menghadiri persembahan pentas dan promosi.

"Saya memang tiada pekerjaan tetap tidak ada masalah untuk menghadiri kelas kerana persembahan juga kebanyakannya pada hujung minggu.

"Harap-harap dapat menyelesaikan kursus berkenaan dalam tempoh empat tahun diberikan," katanya.

Dalam perkembangan lain Tomok berkata, dia baharu sahaja tampil dengan single terbaharunya bersama kumpulan Manifesto berjudul Patahkan Sayap.

Tags / Kata Kunci: Tomok , Patahkan Sayap

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan