Iqwan Alif Enggan Dibayangi Populariti Akademi Fantasia

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2016 5:30 AM

Iqwan Alif kini artis naungan KRU Music.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Iqwan Alif tidak mahu dikenali sebagai bekas peserta program Akademi Fantasia 2015 (AF2015) sebaliknya ingin berdiri atas namanya sendiri.

Iqwan, 21, berkata, dia nekad untuk mula bertapak dari bawah tanpa dibayangi program popular itu selepas kontraknya bersama Astro Talent tamat baru-baru ini.

"Sudah tiba masanya saya menggunakan nama sendiri untuk mencipta nama sebagai penyanyi dan saya tidak kisah perlu bermula dari bawah," katanya kepada mStar Online.

Bagi memulakan langkahnya dalam industri muzik, bekas pengetua AF 2015 iaitu Edry Abdul Halim memilih untuk mengambil Iqwan sebagai artis naungan KRU Music.

Malah penyanyi itu adalah artis pertama disunting untuk berada bawah label berkenaan bagi tahun 2016.

Iqwan tampil dengan single pertamanya, Cemburu Buta.

Dalam pada itu, bagi memperkenalkan namanya sebagai penyanyi, Iqwan tampil dengan single berjudul Cemburu Buta hasil ciptaan sepenuhnya oleh Yusry Abdul Halim.

Iqwan berharap lagu berkenaan dapat diterima baik oleh peminat dan namanya akan mendapat tempat dalam peta industri muzik.

"Cemburu Buta adalah senjata asas bagi saya untuk terus kekal berjuang dalam industri seni tempatan.

"Saya bertuah mendapat kepercayaan dan bimbingan Edry dan ini adalah permulaan saya," katanya.

Memilih genre pop, Cemburu Buta kata Iqwan mengisahkan mengenai seorang lelaki yang mempunyai teman wanita yang bersikap cemburu.

Tags / Kata Kunci: Iqwan Alif , Cemburu Buta

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan