APO2016: Mark Adam Anggap Penghormatan Digelar Pelawak

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2016 5:40 AM

Mark Adam tidak kisah digelar sebagai pelawak. Foto AZLINA ABDULLAH

(Ubah saiz teks)



PETALING JAYA: Penyanyi Mark Adam tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya dia lebih dikenali sebagai pelawak ekoran kemunculannya menerusi program Juara Parodi mendapat perhatian peminat sebelum ini.

Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam, 36, berkata, ia satu penghormatan buatnya kerana bukan mudah berlawak di pentas dan menarik perhatian penonton.

"Apabila peminat mula menggelarkan saya pelawak itu bermakna mereka suka dengan komedi yang saya ketengahkan dan ia satiu penghormatan buat saya.

"Membuat orang gembira dan ketawa bukan mudah tambahan pula penguasaan bahasa Melayu saya belum sempurna," katanya kepada mStar Online.

Mark bakal bertindak sebagai tenaga pengajar menerusi program Ceria Superstar disamping penyanyi Jaclyn Victor dan Black Hanafiah.

Ceria Popstar bakal bersiaran bermula 25 Mac ini pada pukul 9 malam di saluran Astro Ceria 611 dan Astro Maya HD 135.

Dalam pada itu, Mark bagaimanapun berkata, itu tidak bererti dia mula melupakan kariernya sebagai penyanyi dan akan tetap memberi keutamaan kepada bidang tersebut.

Mark Adam menerima dua pencalonan awal menerusi APO 2016.

Malah katanya, dia baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Berat dan ia bukti dia masih aktif sebagai penyanyi.

"Pada saya bidang lawak atau pun lakonan adalah salah satu cabang seni yang memang saya minati sejak dahulu lagi dan Alhamdulillah diberi peluang untuk mencuba.

"Pun begitu nyanyian sentiasa menjadi keutamaan saya kerana bidang itu adalah cinta saya," jelasnya.

Sementara itu, Mark berkata, selain Ceria Superstar, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Suami Tanpa Cinta bergandingan dengan Syukri Yahaya.

Dalam perkembangan lain, Mark tidak menyangka apabila mendapat dua pencalonan awal menerusi kategori Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online dan Selebriti Komedi Pilihan Online, Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016).

Katanya, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk mendapat tempat sebagai calon lima terbaik dan menyerahkan kepada peminat untuk membuat keputusan.

"Syukur Alhamdulillah dengan pencalonan berkenaan dan ia adalah untuk peminat sebenarnya. Sebagai artis saya hanya dapat berusaha dengan lebih keras dan selebihnya meletakkan ia kepada rezeki," katanya.

Pencalonan dan pengudian secara dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web khas iaitu  http://apo.mstar.com.my


Sebarang perkembangan terkini mengenai APO2016 juga boleh diikuti di laman Facebook https://www.facebook.com/AnugerahPilihanOnline

Anugerah yang bertemakan Glam Digital itu bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan.

Tags / Kata Kunci: Mark Adam , Ceria Popstar , APO 2016

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan