Mojo Pertaruh Lagu Baharu 'Kelabu'

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2016 5:00 AM

Mojo

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Mojo kini menyusun langkah bagi tahun 2016 ini dengan mempertaruhkan lagu terbaharu mereka berjudul Kelabu ciptaan komposer dan juga ahli kumpulannya Edry Abdul Halim.

Menurut Edry, 40, lagu tersebut mengisahkan tentang seorang manusia yang tiada arah dalam kehidupannya.

"Lagu ini menggambarkan kisah seseorang manusia yang tiada motif dalam kehidupan di mana lama kelamaan kehidupannya menjadi kabur dan tidak tentu arah.

"Menerusi lirik-lirik lagu ini juga sedikit sebanyak menjadi pengajaran kepada pendengar yang pernah mengalami perasaan sebegitu," ujarnya.

Tambahnya, lagu tersbeut dimuatkan dalam album Mojo berjudul Nada.

Kelabu juga sudah mendapat perhatian ramai apabila dijadikan lagu tema untuk sebuah drama bersiri di TV3 bertajuk Kifarah Mistik.

Kumpulan Mojo turut dianggotai oleh Ryan Brakhma (vokalis), Akhadiat Denny (gitaris) dan Johar Lucas (pemain dram).

Selain itu, pendengar boleh memuat turun lagu ini menerusi iTunes dan melalui mana-mana rangkaian ‘streaming platform’ secara langsung. 

Para peminat MOJO boleh mengikuti perkembangan mereka melalui Facebook MOJO dan Instagram @thebandmojo. 

Lagu Kelabu bakal dimainkan di stesen radio di seluruh Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Mojo , Kelabu

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan