Anak Azman (Flop Poppy) Selamat Jalani Pembedahan Pertama - Berita Hiburan | mStar

Anak Azman (Flop Poppy) Selamat Jalani Pembedahan Pertama

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2016 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak kepada bekas pemain dram Flop Poppy Azman Ismail yang mengalami masalah usus tidak bersambung selamat menjalani pembedahan pertama 3 Mac lalu di Hospital Kuala Lumpur.

Azman, 44, berkata, anaknya iaitu Putra Azrullah kini berusia tujuh bulan itu bakal menjalani pembedahan kedua pada April ini bagi menyambung usus tersebut kesaluran yang betul.

"Alhamdulillah pembedahan pertama bagi menebuk lubang najis sudah berjaya dan doktor beritahu akan membuat pembedahan kedua pada April depan.

"Pembedahan kedua itu adalah bagi menyambung usus ke lubang tersebut agar najis boleh keluar secara normal," ujarnya kepada mStar Online.

 

Adik Putra bakal menjalani pembedahan kedua April depan.


Azman berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kesihatan bayi berkenaan selepas menjalani pembedahan.

Tambahnya, buat masa ini keadaan kesihatan anaknya stabil, namun masih dalam pemerhatian pihak hospital.

"Bayi saya stabil tetapi biasalah dia sering menangis kerana mungkin rasa sakit dan tidak selesa selepas pembedahan itu,

"Kami sudha bawa balik ke rumah dan akan mendapatkan rawatan seperti biasa setiap minggu untuk memastikan kesihatan dia berada dalam keadaan baik," ujarnya.

Pada 1 Mac lalu Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mengadakan program jelajah busking di enam lokasi terpilih bagi mengutip derma membiayai pembedahan bayi malang itu.

Program tersebut turut mendapat sambutan penyanyi tempatan dan orang ramai yang prihatin terhadap nasib bayi malang tersebut.

Tags / Kata Kunci: Flop Poppy , Man Kanan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan