Lawa Nie Geng Ada Strategi Angkat Populariti Lagu Dihasilkan

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2016 5:30 AM

Lawa Nie Geng

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan rap duo iaitu Lawa Nie Geng menganggap tidak menjadi masalah jika mereka tenggalam kerana populariti artis lain yang diundang untuk melakukan kolaborasi dengan lagu mereka.

Lawa Nie Geng yang dianggotai oleh Muariffah, 23, (Abon) dan Alabbas, 23, (Muyu) berkata, situasi sebegitu dianggap sebagai lumrah bagi pendatang baru seperti mereka selain ia adalah satu strategi untuk peminat membeli album mereka.

"Soal ditenggelami  artis-artis featuring dalam album sendiri, sebenarnya dari awal lagi kami sudah menjangkakan persoalan ini akan ditimbulkan. Jujur kami katakan, semua itu bukanlah satu masalah besar kerana di sebalik persoalan itu, kami ada strategi tersendiri.

"Strategi yang dimaksudkan di sini, bila sesebuah lagu featuring itu popular dan digemari, lambat-laun orang akan mencari di mana mahu mendapatkan album dan lagunya. Samada dibeli dalam bentuk cakera ataupun digital, itulah sasaran kami sebenarnya,” kata Abon.

Lawa Nie Geng. FOTO: Azlina Abdullah

Lawa Nie Geng kini popular dengan lagi Aduh-Aduh Sayang yang turut menampilkan penyanyi dari Indonesia iaitu Deasy Natalina yang turut menumbang suaranya dalam lagu berklenaan.

Pelancaran lagu itu telah diadakan di Redbox, Bangsar di sini pada Khamis lalu.

Menjelaskan tentang lagu berkenaan lagu ciptaan DJ Fuzz itu turut ,mendapat perhatian di Indonesia apabila ia berada dalam carta lagi di beberpa stesen radio negara sejak ia diperkenalkan pada Mei tahun lalu.

"Penerimaan peminat di sana pada lagu Aduh-Aduh Sayang amat membanggakan. Kita juga maklum bukan senang untuk lagu kita diputarkan di sana dan maklum balas yang kami terima tentang lagu itu sangat menyenangkan,” katanya.

Menerusi album Lawa Nie Geng terbitan Mixology, mereka mempertaruhkan 16 buah lagu antaranya Pasar Malam, Hilangmu Berganti ft Vince, Aku Keliru ft Raja Ema, Kita Punya dan Masalahmu ft Deasy Natalina.

Album yang diedarkan oleh Suria Records (SRC) ini sudah berada di pasaran.

Tags / Kata Kunci: Lawa Nie Geng

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan