Pelajar Tahfiz Antara 12 Peserta 'Ceria Popstar'

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 5:30 AM

Kesemua peserta Ceria Popstar 2016 bergambar bersama barisan tenaga pengajar dan juri tetap pada sidang media yang diadakan pada Khamis. Foto AZLINA ABDULLAH

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah tahfiz iaitu Muhammad Hady Muhammad Faiz antara 12 peserta yang dipilih menyertai program Ceria Popstar 2016 musim baharu yang akan bersiaran bermula 25 Mac ini.

Muhammad Hady, 14, berkata, dia sedar akan ada pihak memandang serong kepadanya apabila mengambil keputusan menyertai pertandingan nyanyian kerana statusnya sebagai pelajar agama namun dia tidak melihat ia sebagai satu kesalahan sekiranya dia menekankan disiplin dalam pelajarannya di sekolah.

"Saya tahu akan ada orang yang suka dan sebaliknya kerana saya seorang pelajar tahfiz tetapi saya ada misi tersendiri apabila memasuki pertandingan ini iaitu mahu menyebarkan dakwah.

Biarpun seorang pelajar Tahfiz namun Hady minat menyanyi.

"Alhamdulillah setakat ini saya tidak lupakan pelajaran dan akan memastikan selepas solat Subuh akan menghafaz Al-Quran selain melakukannya juga sebelum tidur.

"Bidang nyanyian memang saya minat sejak kecil dan tidak salah rasanya saya mencuba tambahan pula ini kali pertama saya menyertai pertandingan bakat," katanya kepada mStar Online.

Muhammad Hady ditemui pada sidang media pelancaran program berkenaan yang diadakan di sini, Khamis.

Rancangan ini akan disiarkan di Astro Ceria dan Maya HD pada pukul 9 malam.

Selain Muhammad Hady, tujuh lagi peserta lelaki terpilih menyertai Ceria Popstar iaitu Irfan Harris Othman, 15, Wafiy Irfan Ariffen Kamal Ariffen, 10, Hazmil Hassan, 11, Muhammad Shahreza Abu Samah, 13, Muhammad Aniq Iffat Ruzaimi, 10, Muhd Fikri Mohd Tahar, 14, dan Mohamad Sharie Amzah, 10.

12 peserta bakal berentap untuk bergelar juara Ceria Popstar 2016.

Manakala empat peserta perempuan adalah Siti Junaidah Bekri, 14, Eylia Eyre Guntabid, 15, Siti Amirah Dalili Mohd Amerullah, 11 dan pasangan duo adik-beradik Fatma Naslin, 14, dan Farhana Naslyn Suhailin, 11.

Tambahnya lagi, keluarga, guru dan rakan-rakan memberi sokongan kepadanya menyertai Ceria Popstar namun dia diingatkan agar tidak meninggalkan hafazan Al-Quran.

"Setakat ini program ini tidak menggangu waktu belajar dan hafazan. Alhamdulillah saya lebih bersemangat kerana mendapat sokongan keluarga guru dan rakan-rakan," ujarnya.

Salah seorang peserta Hazmil Hassan menangis kegembiraan kerana impiannya untuk bertemu penyanyi Siti Nurhaliza akhirnya tercapai.

Dalam pada itu, Penolong Naib Presiden Astro Ceria dan Segmen Remaja Astro, Hadzelynda Khairuddin berkata, untuk musim terbaharu ini, Ceria Popstar menampilkan dua penyanyi terkenal iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Awie sebagai juri tetap bagi mengadili persembahan peserta.

Selain itu katanya, penyanyi Jaclyn Victor, Mark Adam dan Black Hanafiah turut dilantik sebagai tenaga pengajar bagi membimbing peserta menerusi tugasan diberikan.

"Pemilihan Awie dan Siti Nurhaliza sebagai juri termasuk para tenaga pengajar pastinya dapat memberi peluang kepada peserta berkembang menerusi nasihat dan komen membina memandangkan dua figura tersebut mempunyai pengalaman cukup luas dalam bidang muzik.

"Setiap minggu juga para peserta akan diberikan tugasan menyanyikan lagu daripada pelbagai genre seperti pop, rock, ghazal dan balada yang tentunya akan memberi cabaran kepada peserta dan kehadiran tenaga pengajar dapat membantu mereka," ujarnya.

Mark Adam dan Jaclyn Victor bakal bertindak sebagai tenaga pengajar.

Datuk Aznil Nawawi masih bertindak sebagai penaung Ceria Popstar manakala Nabil Ahmad dan bekas peserta Ceria Popstar musim kedua iaitu Wafiy sebagai pengacara.

Ceria Popstar
akan bersiaran selama sembilan minggu termasuk episod uji bakat manakala konsert pertama akan bersiaran pada 1 April depan.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 manakala naib juara RM15,000 dan tempat ketiga RM10,000.

Tags / Kata Kunci: Ceria Popstar , Datuk Siti Nurhaliza , Awie

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan