"Segelintir Artis Tempatan Lemah Berkomunikasi" - Sharifah Shawati

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 6:00 AM

Sharifah Shawati berpendapat segelintir artis tempatan kurang memberi perhatian kepada kaedah komunikasi. Foto IRSYADI ISMAIL

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas personaliti TV3, Datin Sharifah Shawati berpendapat segelintir artis tempatan kurang memberi perhatian kepada kaedah komunikasi berkesan terutamanya ketika membuat kemunculan awam dan menjawab soalan daripada pihak media.

Shawati yang juga perunding imej berkata, mereka hanya bersandarkan kepada populariti dan memandang ringan terhadap perkara itu yang pada akhirnya tidak membawa karier mereka ke tahap lebih tinggi.

"Kebanyakan artis tempatan mempunyai potensi besar dalam bidang masing-masing akan tetapi kurang dari segi kemahiran berkomunikasi terutamanya berhadapan dengan media dan peminat.

"Kadang-kala jawapan diberikan kepada soalan media tidak matang selain beremosi sehingga memperlihatkan mereka seolah-olah tidak berhemah dalam memberikan respons.

"Sedih untuk dinyatakan tetapi realitinya ramai yang tidak menganggap ia sebagai perkara penting kerana hanya bergantung harap kepada populariti semata-mata," katanya kepada mStar Online.

Shawati berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) di Sri Pentas di sini baru-baru ini.

Bekas pembaca berita Buletin Utama itu bakal muncul dalam bengkel DFKL yang memfokuskan kepada topik Etika Komunikasi pada 17 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Shawati bakal mengendalikan bengkel Etika Komunikasi bersempena DFKL.

Bengkel berkenaan bakal bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Dalam pada itu, Shawati berkata, kelebihan teknologi dan kuasa media sosial juga sering kali disalahgunakan yang pada akhirnya menjadi medan perdebatan peminat.

Katanya lagi, artis seharusnya perlu lebih bijak dan peka terhadap setiap status atau gambar yang dimuatnaik agar tidak menjejaskan personaliti mereka.

"Komunikasi bukan sahaja lisan atau bahasa badan tetapi dengan peredaran zaman laman sosial adalah medan terbuka tanpa batasan untuk sesiapa sahaja menulis atau meluahkan apa sahaja termasuk artis.

"Tetapi mereka perlu sedar setiap status dan foto yang dimuatnaik ada kesannya dan jika tersalah langkah ia akan memberi padah.

"Banyak contoh yang pernah berlaku sebelum ini dan sepatutnya ia menjadi pengajaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati dalam menggunakan laman sosial," jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai bengkel Etika Komunikasi DFKL, Shawati berkata, ia terbuka untuk orang ramai termasuk artis yang ingin mendapat input berhubung topik berkenaan.

Menerusi bengkel itu juga kata Shawati, dia akan menumpukan kepada cara komunikasi yang betul dan suntikan motivasi kepada para peserta.

"Dalam bengkel itu nanti saya akan menekankan aspek komunikasi dari segi pemilihan ayat, bahasa tubuh dan membina keyakinan diri.

"Ia terbuka kepada orang ramai tetapi digalakkan juga golongan selebriti menyertainya memandangkan ia diadakan bersempena DFKL," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sharifah Shawati , DFKL

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan