Krill Rashid Mulakan Kerjaya Di Stesen Radio Islamik, Ikim FM

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 12:56 PM

Krill anggap satu cabaran kendalikan Ikim FM.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyampai radio Krill Rashid yang sebelum ini menyatakan hasrat mahu bersara sebagai deejay radio telah menyambung kerjayanya itu sebagai penyampai radio bercorak islamik iaitu Ikim FM sejak Isnin lalu.

Krill atau nama sebenarnya Khairil Rashid, berkata, dia masih melalui proses percubaan selama dua minggu di segmen Warna Pagi  stesen radio berkenaan yang bermula pada pukul 6 hingga 10 pagi.

"Alhamdulillah saya baharu sahaja menyertai stesen radio ini pada Isnin lalu dan dalam proses percubaan selama dua minggu pada segmen pagi.

"Saya ditawarkan sebagai penasihat kepada stesen radio ini dan bertanggungjawab menyuntik elemen kormersial sedikit mengikut pengalaman saya bekerja di stesen radio swasta," ujarnya kepada mStar Online.

SILA KLIK: "Saya Tak Mahu Jadi Deejay Sampai Tua" - Krill Rashid (Sinar FM)

Segmen pagi tersebut ke udara setiap Isnin hingga Jumaat di frekuansi 91.5 FM untuk pendengar Lembah Klang.

Dalam pada itu, Krill berkata, biarpun banyak perbezaan daripada stesen sebelum ini, namun dia menganggap ia sebagai satu cabaran buatnya.

Katanya, cara penyampaian juga sedikit berubah mengikut kesesuaian stesen radio berorentasikan agama Islam itu.

"Itu satu cabaran kepada saya untuk buat perubahan daripada hiburan kepada keagamaan. Cara penyampaian juga sedikit berbeza dan saya perlu tone down sedikit.

"Namun, yang lain-lain tiada masalah, tentang hal agama, saya juga ada latar belakang pendidikan agama kerana bersekolah di Sekolah Menengah Agama Mahaad Hamidiah, Kajang," ujarnya.

Sementara itu, Kril menyifatkan sudah sampai masanya untuk dia sendiri belajar dan kembali mendekatkan diri ke arah mendalami agama Islam dengan lebih baik.

"Saya rasa sudah sampai masanya juga untuk saya kembali berkongsi pengalaman dan belajar bersama-sama pendengar tentang agama.

"Saya percaya dalam pada kita menyampaikan maklumat, membaca dan kita dapat banyak belajar tentang agama," ujarnya.

Selain itu, Krill berkata, dia masih menggunakan nama Krill Rashid sebagai penyampai stesen radio tersebut.

Krill sebelum ini merupakan penyampai radio Sinar FM bergandingan dengan Raja Azura dan Salleh Yaacob.

Ketiga-tiga penyampai itu tamat kontrak di stesen tersebut pada 25 November 2015.
Tags / Kata Kunci: Krill Rashid , Ikim FM

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan