Jamal Abdillah Kekalkan Stamina Dengan Berjoging

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2016 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara emas, Datuk Jamal Abdillah sentiasa membawa pakaian sukan untuk berjoging jika ada kelapangan demi menjaga staminanya sebagai seorang penghibur.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 57, berkata, pada usia sekarang beliau merasakan adalah perlu untuk melakukan aktiviti riadah bukan sahaja atas tujuan stamina di pentas nyanyian tetapi untuk kesihatan tubuh badan.

"Boleh dikatakan setiap hari saya akan melakukan aktiviti itu tanpa mengira tempat selagi ada waktu terluang. Sekalipun ketika itu saya bertugas di luar dan memerlukan saya menginap di hotel, saya tidak lupa untuk membawa pakaian sukan seperti tracksuit untuk berjoging.

"Saya percaya perkara ini banyak membantu saya untuk terus maintain,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan bagaimana menjaga ketika  ditemui pada majlis sidang media Minggu Setiausaha di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, di sini, Isnin lalu.


Jamal Abdillah
Jamal hebat di pentas kerana kekuatan stamina.

Kata Jamal lagi, sebelum ini memang ramai di antara peminat sentiasa bertanyakan tentang petua dan bagaimana beliau terus menjaga mutu suara.

"Sebenarnya soal pemakanan, saya tak banyak pantang larang. Cumanya, sejak dulu saya hanya elakkan makanan berlemak dan berminyak selain tidak makan makanan yang terlalu pedas.

"Pedas sikit-sikit tidak menjadi masalah. Entahlah, nak cakap tentang suara, saya lebih selesa katakan ia adalah satu anugerah Allah. Dan sebagai hambanya, saya hanya menjaga anugerah tersebut dengan sebaik-baiknya," kata beliau.

Mengenai persembahan beliau sempena sambutan Minggu Setiausaha di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 29 April depan, Jamal tidak merancang banyak gimik namun akan membuat satu persembahan yang lebih dekat dengan penonton.

Dalam sambuitan itu beliau akan bersama penyanyi Misha Omar.

Sebarang maklumat atau tempahan untuk menyaksikan persembahan tersebut boleh dibuat dengan mengirimkan e-mel ke music.messee@gmail.com

Tags / Kata Kunci: Jamal Abdillah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan