"Produk Caliph Ada Sijil Halal Jakim" - Mia Sara

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 5:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Mia Sara Nasuha menerima pelbagai maklum balas selepas gambar produk 'Caliph Kids Supplement'  dijadikan gambar hiasan dalam laporan akhbar mengenai kekeliruan orang ramai terhadap produk larangan Jakim.

Mia, 11, yang juga duta kepada produk itu menjelaskan, sebelum menerima tawaran sebagai jurucakap produk itu, dia bersama keluarganya yakin bahawa produk berkenaan menjalani prosedur yang betul dan mempunyai sijil pengesahan halal oleh Jakim.

"Saya terkejut apabila ramai yang bertanya tentang Caliph Kids Supplement di laman sosial, mereka minta kepastian adakah produk yang dimaksudkan oleh akhbar berkenaan dalam laporan beritanya merupakan produk Caliph Supplement.

"Biarpun sekadar gambar hiasan namun sedikit sebanyak orang keliru dan menganggap produk itu antara yang dilarang oleh Jakim," ujarnya kepada mStar Online.

Mia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan yang meminta pihak Jakim mengkaji semula larangan penggunaan ayat ruqyah dan makanan sunnah.

Menerusi artikel berkenaan, gambar produk Jus Caliph Kids Suplement keluaran Raffelinna Sdn Bhd turut dipaparkan sebagai gambar hiasan.

Selain Mia, penyanyi Fynn Jamal juga merupakan duta kecil kepada produk tersebut.

Tambah Mia, dia meminta peminatnya yang kebanyakkan pelanggan tetap produk tersebut tidak mudah penik dan membaca keseluruhan artikel berkenaan.

"Saya faham artikel itu bukan bermaksud memburukkan Caliph, namun tajuk dan gambar yang dipaparkan membuatkan pembaca terkeliru.

"Sebelum saya terima untuk jadi duta produk ini, pihak syarikat sudah buktikan mereka sudah menerima sijil pegesahan halal dari Jakim," ujarnya.
 

Mia bersama Fynn Jamal dan Pengarah Urusan Reffelina Muhammad Rafie.

Sementara itu, pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd Muhammad Rafi’e Ramli mengakui gambar hiasan dengan mengkaburkan jenama Caliph Kids Supplement telah memberi impak negatif terhadap produk makanan tambahan kanak-kanak berkenaan.

“Saya faham dengan niat akhbar terbabit yang ingin membantu peniaga-peniaga dengan mempertikaikan sebab-sebab Jakim mengharamkan produk sunnah dan tidak menyalahkan mana-mana pengusaha pun.

“Tetapi gambar hiasan yang menggunakan produk Caliph pada artikel berkenaan beserta tajuk yang mengelirukan mengundang pelbagai persoalan daripada  pihak pengguna.

“Saya mahu menegaskan bahawa Caliph Kids Supplement – The Kids Expert mempunyai pengesahan dan sijil pengiktirafan Halal daripada pihak Jakim,” katanya.

Sijil pengesahan halal dari Jakim yang diterima oleh pihak Caliph Kids.

Rafie berkata, pihaknya juga  tidak menggunakan perkataan sunnah atau ruqyah pada produk Caliph selepas mendapat nasihat daripada pihak Jakim Negeri Kedah sejak Caliph dipasarkan Februari tahun lalu.

Malah, Rafi’e juga menegaskan pihaknya tidak pernah menjual nama Islam dalam produk yang dihasilkan mahupun dibacakan 30 juzuk atau surah ruqyah seperti segelintir produk lain.

“Pihak kami selalu hebahkan antara bahan terkandung di dalam Jus Caliph Kids Supplement adalah berasaskan buah buahan Sunnah seperti Kismis, Madu, Delima, Kurma dan Buah Tin.

Tags / Kata Kunci: Mia Sara

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan