Pukul Isteri, Awie Bayar Kompaun RM10 Ribu Mohon Maaf Pada Rozana

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2016 7:48 PM

Awie (tengah) ketika hadir ke mahkamah sebelum ini. Gambar Fail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Rock Awie dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Rozana Misbun oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Isnin selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan Awie memohon maaf.

Vokalis kumpulan Wings, yang nama sebenarnya ialah Ahmad Azhar Othman, 48, kemudiannya memohon maaf secara terbuka kepada Rozana, 38.

"Saya Ahmad Azhar Othman dengan tulus ikhlas dan suci hati, dengan mengambil kira kebajikan anak-anak dan demi menjimatkan masa mahkamah yang mulia ini, dengan ini mengemukakan permohonan maaf kepada Rozana.

"Saya dan Rozana bersetuju bahawa ini merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan episod hitam di dalam hidup kami bagi meneruskan perjalanan hidup kami masing-masing," kata penyanyi itu yang memakai kot dan kemeja serba hitam pada prosiding yang sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan.

Terdahulu, Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bertanyakan Rozana sama ada dia bersetuju kesalahan bekas suaminya dikompaun sebanyak RM10,000 dan wanita itu yang memakai kemeja putih dan berselendang hitam menganggukkan kepalanya.

"Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM10,000 dibayar kepada pengadu (Rozana) dan mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada tuduhan tersebut.

"Selepas ini teruskan dengan kehidupan baharu, ambil yang manis, buang yang pahit," katanya.

mStar Default Image
Rozana Misbun. Gambar fail

Mahkamah turut memerintahkan wang ikat jamin RM9,000 dipulangkan semula kepada Awie.

Bapa kepada lima orang anak yang popular dengan lagu Tragedi Oktober  itu membayar kompaun itu.

Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan lapan saksi pihak pendakwaan termasuk Rozana.

Pada 4 Julai 2014, Awie mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan Rozana yang ketika itu isterinya di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun 2014 di Mahkamah Majistret Ampang.

Penyanyi itu bagaimanapun sekali lagi didakwa dan minta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter PNB Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Awie yang diiringi sembilan rakan ketika ditemui pemberita meluahkan rasa lega dan gembira kerana kes itu dapat diselesaikan dengan baik.

"Sekiranya kes ini berlanjutan, ia tidak memberi apa-apa faedah kepada saya, masa depan, kerjaya dan anak-anak. Ini adalah satu perkara yang paling baik InsyaAllah saya boleh meneruskan kehidupan dan kerja saya dengan lebih baik selepas ini.

"Terima kasih pada mahkamah, peguam, keluarga dan kawan-kawan saya yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya selama ini," katanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin dan Goh Ai Rene manakala Awie diwakili peguam Hazman Harun.
Tags / Kata Kunci: Awie , Rozana

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan