Kumpulan Era 80-an, Junction Muncul Selepas 20 Tahun Menyepi

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 5:30 AM

Kumpulan era 80-an iaitu Junction bakal membuat kemunculan semula selepas 20 tahun menyepi menerusi sebuah persembahan istimewa di Hard Rock Cafe Melaka pada 12 Mac ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan rock yang popular sekitar akhir 80-an, Junction akhirnya kembali membuat kemunculan selepas lebih 20 tahun mendiamkan diri dari arena muzik tempatan.

Kumpulan yang berasal dari Johor ini bakal mengadakan persembahan sulungnya pada 12 Mac depan, Sabtu bertempat di Hard Rock Café Melaka pada pukul 4 petang.

Kumpulan yang terkenal menerusi lagu berjudul Petualang adalah antara kumpulan rock pelopor ketika era itu selain Wings, Search, BPR dan Ekamatra.

Malah kumpulan yang terkenal dengan lagu Kembali ini juga pernah menggegarkan industri hiburan tempatan apabila diberi jolokan kumpulan ‘heavy metal’ pertama negara ketika itu.

Junction dianggotai yang oleh Mohd Rashid Taha selaku vokalis, Noorazman Zainal Abidin (pemain gitar), Misman Kisot (pemain bass) dan Muzamil Mohd Salleh selaku pemain drum adalah barisan anggota baru selepas beberapa pepecahan kumpulan berlaku sebelum ini.

Kumpulan Junction bakal menghiburkan peminat di Hard Rock Cafe Melaka pada 12 Mac ini.

Menurut vokalisnya yang mesra disapa Aceed menyifatkan peluang untuk Junction mengadakan persembahan di Hard Rock Café Melaka adalah hadiah istimewa buat peminat muzik mereka yang sudah lama menanti kemunculan mereka.

“Jujurnya kami berempat sudah lama meninggalkan dunia muzik. Semua sibuk dengan urusan masing-masing dan kerjaya tetap. Namun peminat dan mereka yang membesar dengan muzik kami masih kenal dan sentiasa bertanya bila untuk kami kembali menggegarkan pentas.

“Hinggalah pihak Hard Rock Café Melaka datang mengundang kami untuk kembali beraksi. Sudah tentunya peluang ini tidak sekali kami persia-siakan memandangkan ia adalah platform terbaik untuk kami kembali mengubati rindu peminat,” katanya.

Juction mula mencipta nama pada tahun 1985 dan pernah menerbitkan tiga album keseluruhan namun desakan ekonomi dan persaingan, kumpulan ini senyap begitu saja selepas hampir 10 tahun berjuang.

“Junction tidak pernah hilang dan terkubur sebaliknya masing-masing mengambil keputusan untuk menumpukan kepada urusan peribadi terlebih dulu. Mungkin inilah masanya untuk kami kembali menghiburkan peminat,” tambah Aceed lagi.

Peminat yang berminat untuk berhibur dengan Junction dan mendengar kesemua lagu-lagu popular nyanyian mereka bolehlah menghubungi 017-7797091 atau 017-3952865 bagi membuat tempahan tiket bagi menyaksikan persembahan mereka 12 Mac ini di Hard Rock Café Melaka bermula pukul 4 petang. 

Tags / Kata Kunci: Junction

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan