Anak Fauzi Nawawi, Fareez Diumum Juara Mentor Milenia

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2016 11:42 PM

Fareez dan Hazama dipilih sebagai juara Mentor Milenia.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anak kepada pelakon Fauzi Nawawi iaitu Fareez,18, diumumkan sebagai juara program realiti Mentor Milenia yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, Ahad.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Fareez atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan bersama mentornya, Hazama membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM100,000.

Tempat kedua dimenangi protoge Black iaitu Qody yang membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi.


Qody menduduki tempat kedua.


Manakala tempat ketiga disandang oleh Wanie yang juga protoge kepada Black menerima wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Terdahulu, setiap finalis dikehendaki mempersembahkan dua lagu secara solo serta berduet dengan mentor masing-masing.

Fareez menyampaikan lagu Drama King dan Hilang Naluri berduet bersama mentornya Hazama.

Persembahan tersebut turut melibatkan bapanya Fauzi Nawawi yang turut tampil berlakon dalam sketsa tersebut.


Persembahan Wanie turut mendapat perhatian penonton.


Manakala lagu solo iaitu Apokalips dan Aku Juga Manusia.

Wanie memilih lagi Malam dan Merisik Khabar untuk disampaikan secara solo. Manakala duet bersama Black menerusi lagu Tanya Sama Hati dan Tiada Kata Secantik Bahasa.

Sementara, Qody menyampaikan lagu Jerangkung Dalam Almari berduet bersama Black dan Hanya Nama Mu secara solo.

Mentor Milenia dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.

Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Juri profesional terdiri daripada Ajai, Azmeer dan Amy Search.

Mentor Milenia akhir itu disiarkan secara langsung di TV3.

Tags / Kata Kunci: Mentor Milenia , Fareez , juara

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan