Hafreez Adam Dikritik Peminat Selepas Kongsi Kisah Jerawat Batu

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 5:40 AM

Hafreez Adam mengakui berasa tertekan apabila menjadi bahan kutukan pengguna laman sosial berhubung artikel mengenai dirinya yang menjadi viral baru-baru ini. Foto NORAFIFI EHSAN

(Ubah saiz teks)


KUALA LUMPUR: Pelakon Hafreez Adam menerima kritikan hebat daripada pengikut laman sosial selepas artikel mengenainya di sebuah akhbar tempatan menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Hafreez, 26, berkata, dia kesal dengan tindakan pihak tertentu yang mengkritiknya tanpa usul periksa hanya berdasarkan tajuk artikel berkenaan sebelum membaca isi keseluruhan temubual tersebut.

"Saya lihat ia sebagai salah faham yang tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak mengkritik saya membaca terlebih dahulu artikel berkenaan keseluruhannya.

"Pada satu tahap saya kesal dan kecil hati dengan kata-kata dilemparkan kepada saya sehingga saya tidak berani keluar rumah selama beberapa hari," katanya kepada mStar Online.

Hafreez berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) di Zebra Square di sini pada Khamis.

Acara terbitan Kumpulan Media Star Berhad itu buat julung kalinya diadakan bagi mengiktiraf penggiat pelbagai industri yang aktif menerusi dunia digital.

APO2016 yang dikendalikan portal berita mStar Online dan Suria FM dengan tajaan produk kosmetik Dnars memperkenalkan 18 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup.

Hafreez bakal muncul dengan filem Selamatkan Hari Jadi.

Dalam pada itu, Hafreez berkata, menerusi artikel berkenaan dia sebenarnya ingin berkongsi pengalaman berhubung wajahnya yang mempunyai masalah jerawat batu sebelum ini.

Kata Hafreez, dia ingin memberi motivasi kepada pembaca yang pernah mengalami masalah sepertinya kerana ia antara pengalaman membuatkan dia hilang keyakinan diri.

"Perkara itu sudah lama berlalu dan saya sekadar berkongsi pengalaman kerana ia mungkin dapat membantu orang lain yang mengalami masalah sama seperti saya.

"Tetapi niat saya itu sudah disalah erti sehingga sanggup memalukan saya dengan pelbagai kata negatif di laman sosial," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hafreez berkata, dia bakal muncul dengan filem keduanya berjudul Selamatkan Hari Jadi pada 17 Mac ini sebelum memasuki set penggambaran drama bersiri Gantung.

Sementara itu mengenai APO 2016, peminat boleh mengundi calon pilihan masing-masing dengan melayari http://apo.mstar.com.my

Acara kemuncak ini akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada 30 April depan, pukul 9 malam dari Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur.
Tags / Kata Kunci: Hafreez Adam , APO 2016

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan