APO2016: Kaki Dafi Cedera Akibat Latihan Muay Thai

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 6:00 AM

Dafi mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanannya gara-gara menyertai kelas Muay Thai. Foto NORAFIFI EHSAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dafi terpaksa ditahan di sebuah hospital swasta pada 27 Februari lalu selepas mengalami kecederaan akibat menyertai kelas Muay Thai.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 28, berkata, pada awalnya kecederaan dialaminya tidak membimbangkan namun kaki kanannya mula membengkak selepas beberapa hari kemudian sehingga memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.

"Pada awalnya kesakitan dialami memang tidak serius sehinggalah saya menghadiri persandingan Akim dan Stacy di Johor pada 26 Februari lalu.

"Ketika itu kaki saya tiba-tiba membengkak dan mengalami kesakitan sehingga menyebabkan sukar untuk berjalan.

"Pulang sahaja ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya saya terus ke hospital dan ditahan selama tiga hari," katanya kepada mStar Online.

Dafi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Pilihan Online (APO 2016) di Zebra Square di sini pada Khamis.

Acara terbitan Kumpulan Media Star Berhad itu buat julung kalinya diadakan bagi mengiktiraf penggiat pelbagai industri yang aktif menerusi dunia digital.

Dafi dimasukkan ke hospital selama tiga hari.

APO2016 yang dikendalikan portal berita mStar Online dan Suria FM dengan tajaan produk kosmetik Dnars memperkenalkan 18 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup.

Dalam pada itu, Dafi berkata, kecederaan tersebut berlaku akibat kesilapannya sendiri kerana berasa teruja selepas hampir dua tahun tidak melibatkan diri menerusi sukan berkenaan.

Bagaimanapun keadaan kakinya kini kembali pulih selepas berehat selama tiga hari di hospital.

"Saya sudah lama tidak menyertai kelas Muay Thai dan kerana perasaan teruja itu yang tercedera kerana teknik tidak betul.

"Alhamdulillah selepas mendapat rawatan kaki kembali pulih dan doktor pun kata ia tidak membimbangkan," jelasnya.

Sementara itu, Dafi berkata, dia merancang untuk mengadakan Konsert 5 Divo siri kedua selepas ia mendapat sambutan hebat penonton pada persembahan 16 Februari lalu.

"Insya-Allah Loud Out Loud Entertainment akan buat siri kedua konsert berkenaan dan membariskan penyanyi sama memandangkan ia mendapat sambutan luar biasa penonton.

"Malah harga tiket yang dijual juga akan lebih rendah berbanding sebelum ini bagi memberi peluang lebih ramai peminat datang menyaksikan persembahan tersebut.

"Masih belum ada tarikh tertentu tetapi ia menjadi antara perancangan terpenting saya untuk tahun ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai penganjuran APO 2016, Dafi berkata, idea anugerah tersebut menarik memandangkan pencalonan dipilih berdasarkan digital.

Jelas Dafi, dengan peredaran zaman teknologi, APO 2016 adalah platform paling sesuai untuk memberi pengiktirafan kepada artis dan selebriti yang aktif di media sosial.

"Media sosial seperti Facebook dan Instagram adalah medium penting untuk seseorang artis dan dapat dilihat dengan jelas ia banyak membantu karier seseorang selebriti.

"Penganjuran APO 2016 sesuai dengan zaman teknologi sekarang sekaligus dapat mengiktiraf usaha artis yang aktif di laman digital," ujarnya.

Menerusi APO 2016, Dafi dicalonkan menerusi Penyanyi Lelaki Terbaik Pilihan Online.

Untuk mengundi Dafi, anda boleh melayari http://apo.mstar.com.my

Tags / Kata Kunci: Dafi , APO 2016

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan