APO2016 Iktiraf Selebriti Menerusi Medium Digital

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 5:30 AM

Awi Rafael.

(Ubah saiz teks)


KUALA LUMPUR: Penggiat seni tanah air melihat penganjuran Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) bertepatan dengan perubahan teknologi terkini yang lebih tertumpu kepada era digital terutamanya media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Vokalis kumpuan Iamneeta iaitu Neeta Manisha berkata, mereka juga mula dikenali menerusi YouTube yang membawa kepada karier seni band berkenaan ke tahap sekarang.

Malah katanya, dengan penganjuran APO 2016 dapat membuka ruang kepada bakat-bakat dunia digital seperti Iamneeta untuk diketengahkan.

"Iamneeta dapat tercalon adalah satu perkara menggembirakan kerana APO 2016 sesuai dengan kami yang memang lahir dari dunia 'online'.

Barisan artis dan selebriti yang hadir pada majlis pelancaran Anugerah Pilihan Online 2016.

"Penganjuran anugerah ini bakal memeriahkan lagi industri hiburan dalam memberi pengiktirafan kepada artis di Malaysia menerusi medium digital," katanya kepada mStar Online.

Acara terbitan Kumpulan Media Star Berhad itu buat julung kalinya diadakan bagi mengiktiraf penggiat pelbagai industri yang aktif menerusi dunia digital.

APO2016 yang dikendalikan portal berita mStar Online dan Suria FM dengan tajaan produk kosmetik Dnars memperkenalkan 18 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup.

Selain Iamneeta, pelancaran APO 2016 di Zebra Square pada Khamis turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Sona One, Indah Ruhaila, Dafi, Bunkface, Caliph Buskers, Aliff Aziz dan Forteen.

Iamneeta.

Turut hadir memeriahkan pelancaran APO 2016 ialah jaguh bina badan negara, Sazali Samad; chef selebriti, Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam, ikon fesyen seperti Wak Doyok dan Muhammad Rizki Zaidani atau Ikie Coki.

Usahawan muda yang turut tersenarai dalam pencalonan awal APO 2016 seperti Januar Haikal dari Furby and Sugar dan pengasas Viperbekam, Sharkradzuan turut memeriahkan majlis.

Dalam pada itu, penyanyi Dafi berkata, idea anugerah tersebut menarik memandangkan pencalonan dipilih berdasarkan digital.

Jelas Dafi, dengan peredaran zaman teknologi, APO 2016 adalah platform paling sesuai untuk memberi pengiktirafan kepada artis dan selebriti yang aktif di media sosial.

Estranged.

"Media sosial seperti Facebook dan Instagram adalah medium penting untuk seseorang artis dan dapat dilihat dengan jelas ia banyak membantu karier seseorang selebriti.

"Penganjuran APO 2016 sesuai dengan zaman teknologi sekarang sekaligus dapat mengiktiraf usaha artis yang aktif di laman digital," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, penyanyi rap SonaOne melihat kaedah pengundian APO 2016 menerusi media sosial sebagai unik dan memberi kelebihan untuk artis tercalon dalam meraih undi.

Katanya, artis bertanding juga dapat mempromosikan diri masing-masing terus kepada pengikut sekaligus memperkenalkan APO 2016 yang kali pertama diadakan.

Caliph Buskers.

"Seperti saya sendiri memang aktif menggunakan media sosial dan saya mempunyai peminat yang terbaik dan mereka sering memberi reaksi, pendapat dan sokongan menerusi status atau gambar yang dimuatnaik.

"Dengan teknik pengundian secara online dan media sosial ia banyak kelebihan dan memudahkan kami sebagai artis untuk membuat promosi terus kepada peminat," ujarnya.

Pencalonan dan pengudian secara dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my

Sebarang perkembangan terkini mengenai APO2016 juga boleh diikuti di laman Facebook https://www.facebook.com/AnugerahPilihanOnline

Anugerah yang bertemakan Glam Digital itu bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan.

Tags / Kata Kunci: APO 2016

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan