Zahid (AF) Belum Terbuka Hati Kembali Ke Radio

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 5:30 AM

Zahid belum terbuka hati untuk kembali bergelar penyampai radio. Foto RICKY LAI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Zahid (AF) mendapat pelbagai tawaran untuk kembali bergelar penyampai radio selepas tidak menyambung kontrak bersama Era FM pada Jun tahun lalu.

Ahmad Zahid Baharuddin, 36, berkata, buat masa ini hatinya masih belum terbuka untuk kembali ke bidang penyiaran radio kerana ingin memberi fokus kepada karier nyanyiannya.

"Alhamdulillah ada stesen lain yang memberikan tawaran tetapi saya terpaksa menolak secara baik kerana buat masa ini ingin memberi fokus kepada menaikkan kembali karier nyanyian saya yang agak perlahan sebelum ini.

"Rasa rindu hendak ke udara di konti itu memang ada kerana menjadi seorang deejay memang impian saya tetapi pengorbanan perlu dilakukan untuk mendapatkan perkara lain," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Zahid berkata, faktor lagu nyanyiannya sukar mendapat tempat di stesen radio lain turut menjadi penyebab dia enggan kembali bertugas sebagai deejay radio.

Bagaimanapun katanya, situasi itu mula berubah selepas dia meninggalkan Era FM dan mula mendapat jemputan stesen radio lain untuk mengadakan sesi temuramah bagi mempromosikan lagu terbaharunya.

Zahid tampil dengan single terbaharu iaitu Biar Aku Yang Tahu.

"Kalau dekat Era dulu jika asyik mainkan lagu sendiri dikatakan mengambil kesempatan pula dan pada masa sama stesen lain tidak akan memutarkan lagu saya kerana status saya sebagai penyampai radio.

"Bagaimanapun Alhamdulillah situasi itu mula berubah namun ia bukan senang kerana tidak ramai mengetahui saya sudah tidak terikat dengan mana-mana stesen sebagai penyampai radio," katanya.

Sementara itu, Zahid berkata, sebagai penyanyi dia tidak boleh terlalu mengharap kepada radio sahaja sebaliknya perlu bijak menggunakan media sosial bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Biar Aku Yang Tahu ciptaan Zul 2 By 2.

"Zaman teknologi pada hari ini macam-macam kebaikkan kita boleh ambil dan gunakan termasuk dalam mempromosikan lagu terbaharu.

"Setiap hari saya cuba mengemaskini status selain berkongsi maklumat berhubung lagu terbaharu saya dan syukur ia nampaknya memberi kesan positif," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zahid bakal muncul dalam Konsert Tribute To Living Legend Concert - Tan Sri SM Salim yang bakal diadakan pada 12 Mac depan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Artis yang bakal mengadakan persembahan adalah Datuk DJ Dave sendiri, Datuk M. Nasir, Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Andre Goh, Zur Eda, Usop (Kopratasa) dan Noraniza Idris.

Manakala artia generasi baharu ialah Raihan, Asmidar, Ezad Lazim, Bob Yusof, Datin Alyah, Syafinaz, Haziq dan Syafinaz Choir.

SM Salim akan hadir pada konsert penghargaan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Zahid AF

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan