Radja Jawab Kononnya Bersikap Diva Terhadap Promoter Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 6:00 AM

Vokalis Radja iaitu Ian Kasela (dua dari kanan) bersama anggota kumpulannya. FOTO: ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Indonesia iaitu Radja menyangkal dakwaan mereka bersikap diva dan sering membuat permintaan tidak masuk akal sehinggakan pihak penganjur persembahan di Malaysia enggan menjalinkan kerjasama terhadap mereka.

Vokalisnya iaitu Ian Kasela berkata, Radja tidak pernah bertindak di luar batasan  sebaliknya sentiasa terbuka dalam syarat-syarat dikemukan apabila menerima sebarang tawaran.

"Pada saya syarat dan terma sebelum bersetuju tentang sesuatu persembahan atau konsert adalah perkara biasa dan kami tidak mahu sebarang masalah sekiranya timbul sesuatu isu.

"Bagaimanapun dakwaan kami bersikap diva dan 'demanding' itu sama sekali tidak benar dan Radja sentiasa terbuka untuk berbincang terhadap syarat-syarat ditetapkan.

"Selepas 15 tahun kami masih di sini adalah kerana peminat dan sekiranya benar kami bersikap demikian mungkin karier kami tidak berpanjangan," katanya kepada mStar Online.

Radja menunjukkan single tebaharu mereka berjudul Setia.

Radja ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharu mereka berjudul Setia di sini, Rabu.

Selain Ian, Radja turut dianggotai oleh Moldy (gitaris), Indra (bass) dan Seno (drum).

Dalam pada itu, Ian berkata, alasan sebenar mereka sudah empat tahun tidak hadir ke Malaysia kerana jadual persembahan yang padat di Indonesia selain dua ahlinya iaitu Indra dan Seno mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan itu.

Bagaimanapun kata Ian, perpisahan tersebut bukan kerana berlaku perselisihan faham di antara mereka sebaliknya mereka berdua ingin mencuba perkara lain.

"Indra dan Seno keluar daripada Radja pada 2010 tetapi ia bersifat sementara kerana Indra menyambung pengajian di universiti manakala Seno masih dalam bidang muzik tetapi belakang tadbir.

"Bagaimanapun tahun lalu kami kembali bersama sebagai sebuah band dan single terbaharu kami iaitu Setia adalah projek pertama selepas bergabung," jelasnya.

Sementara itu, Ian berkata, mereka sedang merancang untuk mengadakan konsert jelajah dan Kuala Lumpur antara destinasi dalam perancangan tersebut.

Katanya, konsert berkenaan dijangka diadakan pada pertengahan tahun ini sekali gus melancarkan album terbaharu mereka.

Tags / Kata Kunci: Radja

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan