Suami Harap Nad Zainal Segera Hamil

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 5:30 AM

Nad Zainal melancarkan suplemen kecantikan miliknya iaitu Audela. Foto Ihsan Instagram NAD ZAINAL.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Nad Zainal menjelaskan dakwaan dia kini sedang berbadan dua adalah tidak benar sebaliknya ia hanya ramalan rambang peminat yang berharap ada khabar gembira tentang dirinya.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, bagaimanapun berkata, dia dan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin tidak merancang soal anak sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada rezeki.

“Hamil? Tidaklah.. masih belum ada rezeki dan kami masih mencuba ke arah itu. Saya dan suami sebenarnya tidak pernah merancang soal anak, namun jika rezeki itu datang cepat, alhamdullillah kami terima dengan hati terbuka.

“Soal yang kata nampak seri ibu hamil, saya tak tolak kemungkinan ini mungkin kesan pengambilan produk keluaran saya iaitu Audela.

"Bukan sengaja nak promosi, tetapi setelah sebulan mencuba produk ini, saya rasa banyak perubahan fizikal di mana berat badan saya susut lebih empat kilogram dan kulit bertambah putih berseri," katanya kepada mStar Online.

Nad berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk berkenaan di Hotel JW Marriot di sini, Selasa.

Suami Nad iaitu Muhammad Faliq turut hadir pada majlis pelancaran produk berkenaan.

Nad dan Faliq, 28, bernikah pada 18 Disember tahun lalu dalam satu majlis yang diadakan di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, Shah Alam, dekat sini.

Dalam pada itu, Faliq berkata, sebagai suami dia sentiasa menunggu khabar gembira daripada isterinya itu namun menganggap rezeki masih belum berpihak kepada mereka.

“Pasangan mana yang tidak mahukan zuriat dan sebagai suami, saya sentiasa tertunggu- tunggu bila isteri saya nak minta makan yang bukan-bukan.

"Bukan apa, itu tanda mengidam wanita hamil. Tetapi sehingga saat ini, tiada ada pula. Apa pun kami tetap berusaha ke arah itu," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai produk Audela, Nad berkata, dia teruja apabila ramai mula memberi maklum balas positif mengenai fizikalnya yang dilihat semakin kurus dan cerah kesan daripada pengambilan produk tersebut.

“Audela sebenarnya satu produk kesihatan dan kecantikan yang merangkumi lima fungsi iaitu detox, mengurangkan berat badan, memutihkan kulit, anti-penuaan dan memberi tenaga. Saya ambil hanya dalam tempoh sebulan lebih dan saya mula nampak kesannya," jelasnya.

Tambah Nad, setakat ini, Audela sudah pun memiliki 12 wakil stokis di seluruh negara termasuk di Singapura dan berharap angka berkenaan akan terus berkembang pada masa hadapan.

"Produk ini sesuai untuk sesiapa mengimpikan bentuk tubuh menawan, kulit cerah berseri selain menambah tenaga tanpa perlu ragu-ragu tentang kandungannya.

"Sebekas Audela mengandungi 30 paket dan dijual dengan harga RM229. Harga ini saya sifatkan tidak mahal untuk satu produk yang mengandungi lima fungsi sekaligus," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nad berkata, biarpun kini sibuk dengan aktiviti promosi produk tersebut namun kerjaya seninya sebagai seorang pelakon masih berjalan seperti biasa.

Tags / Kata Kunci: Nad Zainal , Audela , Muhammad Faliq

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan