Lima Bekas Juara Bakal Berentap Dalam Kilauan Emas Otai

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 5:20 AM

Juara Kilauan Emas musim kelima bakal bertanding dalam program Kilauan Emas Otai.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lima bekas juara Kilauan Emas bakal berentap sekali lagi menerusi program Kilauan Emas Otai yang bakal mula bersiaran secara langsung pada 9 Mac ini.

Pengurus saluran Astro Prima, Farah Zainul berkata, selain lima peserta yang layak secara automatik terdapat 10 bekas peserta dari lima musim terdahulu dipilih berdasarkan undian secara dalam talian sewaktu pusingan Hot Seat yang dibuka sebelum ini.

"Sepuluh calon berjaya disenarai pendek menerusi pusingan Hot Seat perlu bersaing untuk merebut tempat masing-masing sewaktu konsert Kilauan Emas Otai pertama sebelum layak diserap masuk sekaligus melengkapi jumlah keseluruhan senarai barisan peserta yang bertanding untuk musim ini.

"Keputusan penuh hanya akan diumumkan sejurus tamat konsert itu nanti dan kuasa mutlak pemilihan adalah 100 peratus diserahkan kepada barisan juri profesional yang akan memilih peserta yang benar-benar layak dan menyerlah untuk menyertai musim ini," katanya.

Lima bekas juara musim terdahulu ialah ALI KE1 (Ali Norpiah, 51, Pahang), FUAD KE2 (Ahmad Fuad Zaharullail, 48, Perak), MIOR KE3 (Mior Yazid Ahmad, 47, Perak), ARIP KE4 (Omar Sharif Mat Din, 44, Pahang) dan MUSTAR KE5 (Mustaffa Rasyid Abd. Jabar, 47, Selangor).

Manakala 10 calon peserta yang telah disenarai pendek menerusi pusingan Hot Seat adalah terdiri daripada ELJI (Wan Muhammad Logan Wan Abdul Rahman, 44, Johor), NAS (Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim, 45, Pahang), SILAH (Silahudin Ali, 55, Johor), RINA (Jasrina Jaafar, 51, Kedah), IDRIS (Idris Mohd Shabidin, 54, Perak).

Turut terpilih adalah AZIANA (Aziana Ab Kadir, 48, Kuala Lumpur), RAIDA (Zuraidah Mohd Zain, 43, Johor Bahru), BEN (Benasil Kudong, 65, Sabah), TAURATH (Mohd Tauraht Mohd Saed, 51, Sarawak) dan SHAMSIAH (Shamsiah Mohd Said, 54, Johor).

Dalam pada itu, Farah berkata, penganjuran edisi terbaharu Kilauan Emas itu turut menyaksikan beberapa pembaharuan diperkenalkan untuk memastikan kandungan program ini kekal relevan dan sentiasa segar selari mengikut peredaran semasa.

Katanya, objektif utama penganjuran Kilauan Emas Otai adalah untuk mencari peserta terhebat dikalangan terbaik dan atas dasar itu juga pihaknya memberi peluang kepada penonton memilih calon-calon kegemaran mereka yang dilihat layak untuk bertanding menerusi peringkat Hot Seat.

"Kami yakin dengan cara ini akan dapat menguatkan lagi sokongan mereka kepada calon-calon peserta walaupun program masih belum bermula.

"Sokongan-sokongan positif seperti inilah yang akan membantu para peserta untuk membina keyakinan diri bagi memberikan yang terbaik sekaligus membuktikan pilihan penyokong adalah tepat," katanya.

Sementara itu, Farah berkata, dua tenaga pengajar turut dilantik bagi membimbing peserta iaitu Siti Hajar sebagai Guru Vokal dan Ayai Ilusi sebagai Guru Seni Persembahan manakala Shah Slam pula dilantik sebagai Pengarah Muzik.

Malah katanya pengarah muzik iaitu Datuk Ramli MS dan pelakon Erra Fazira bakal digandingkan bersama sebagai juri tetap untuk musim ini manakala seorang lagi juri akan diundang khas sebagai juri jemputan pada setiap minggu.

"Raja Azura atau Kak Engku seperti musim terdahulu masih diberi mandat untuk bertindak sebagai pengacara manakala pelakon Zara Zya pula akan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara untuk Nota Kilauan Emas," katanya.

Juara Kilauan Emas Otai bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro dan Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi.

Manakala pemenang tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi wang tunai RM30,000 dan RM10,000 beserta trofi. Pemenang untuk kategori Anugerah Khas Juri pula bakal menggondol hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Kilauan Emas Otai bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (Astro 105) dan Maya HD (135) pada setiap hari Rabu pukul 9.30 malam.

Rutin para peserta dapat ditonton melalui liputan harian Nota Kilauan Emas Otai pada setiap hari Isnin dan Selasa, pukul 9.30 malam bermula pada 7 Mac 2016.

Menarik lagi, para peminat juga boleh menonton persembahan akustik menerusi kapsul Sembang Kilauan Emas Otai pada setiap hari Khamis hingga Ahad bermula 10 Mac 2016.

Tags / Kata Kunci: Kilauan Emas Otai

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan