Johan Enggan Dedahkan Anak Ke Dunia Hiburan Atas Faktor Keselamatan

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 5:30 AM

Johan dan Ozlyn mahu anak tumpu pada pelajaran.

(Ubah saiz teks)

CHERAS: Pelawak Johan memberitahu tidak berminat untuk mendedahkan anak-anaknya kepada dunia hiburan atau media sosial atas faktor keselamatan.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 32, berkata, dia lebih selesa anak-anaknya menjalani kehidupan sederhana seperti kanak-kanak normal yang lain.

"Saya tidak suka anak saya jadi perhatian kerana faktor keselamatan. Ada yang tawarkan mereka untuk penggambaran tetapi saya tidak berminat.

"Mereka bukan artis dan biarlah mereka fokus kepada pelajaran dan menjalani kehidupan seperti orang lain," ujarnya kepada mStar Online.

Johan berkata demikian ketika ditemui selepas memenangi kategori Couple MeleTOP di Anugerah MeleTOP 2016, di Pusat Konvensyen CIDB, di sini, malam Ahad.

Pada majlis tersebut Johan turut merangkul anugerah utama iaitu Top Top Meletop, Radio MeleTOP, Program Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP.

Pelawak tersebut membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, isterinya, Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn berkata, menjalani kehidupan secara sederhana membuatkan mereka mendapat undian bagi memenangi kategori itu. 

Katanya, tindakannya yang selalu berkongsi tentang kehidupan realiti yang biasa dilakukan oleh orang lain menarik minat masyarakat.

"Apa yang saya muat naik di laman sosial ialah cara kehidupan kami yang normal seperti orang lain juga. Kalau saya membebel dan marah tentang sesuatu perkara saya akan tulis di Instagram.

"Sejujurnya saya pun terkejut kerana jika dibandingkan kami dengan pasangan lain, sudah tentu mereka jauh lebih banyak pengikut, namun ini adalah rezeki," ujarnya.

Johan dan Ozlyn berkahwin pada Julai 2009 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Tags / Kata Kunci: Johan Raja Lawak , Ozlyn

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan