Ayda Jebat & Johan Bolot Anugerah MeleTOP Era 2016

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 12:24 AM

(Ubah saiz teks)

CHERAS: Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menepati ramalan apabila merangkul lima trofi termasuk anugerah utama Top Top MeleTOP (wanita) pada Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, di sini pada malam Ahad.


Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 24, turut memenangi kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTop, Pelakon MeleTop dan Drama MeleTOP.

Aktres tersebut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.Manakala, pelawak dan penyampai radio, Johan turut merangkul lima trofi termasuk trofi Top Top MeleTOP (lelaki).

Johan juga dipilih memenangi trofi Penyampai Radio MeleTOP, Couple MeleTOP, Program Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP. Pelawak tersebut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk AC Mizal mempertahankan trofi masing-masing iaitu Bintang Online MeleTOP dan Hos MeleTOP yang dimenangi mereka tahun lalu.

AC Mizal turut memenangi kategori Fesyen MeleTOP. Bagi anugerah Filem MeleTOP dimenangi oleh Polis Evo dan Bintang Filem MeleTOP dimenangi oleh pelakonnya Zizan Razak.

Kumpulan popular Akim & The Majistret membawa pulang trofi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP, manakala pelakon Mira Filzah memenangi kategori Pelakon Baharu MeleTOP.

Bagi setiap kategori pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, AME 2016 turut memberi Anugerah Khas MeleTOP kepada pengulas sukan Zulkarnain Hassan berserta wang tunai berjumlah RM20,000.

Barisan artis yang membuat persembahan ialah Joe Flizzow, SonaOne, Siti Nordiana, Syamel, Amira Othman, Wani Kayrie, Tasha Mansahar, Akim & The Majistret, dan Stacy.

Turut membuat persembahan, Forteen, Caliph Buskers, Jaclyn Victor dan KRU.

AME2016 dihoskan oleh Nabil Ahmad, Datuk AC Mizal, Neelofa dan Jihan Musa.

Program AME 2016 disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) & Ria HD (123).


Berikut adalah senarai penuh AME 2016:

1. Top Top MeleTOP Lelaki - Johan

2. Top Top MeleTOP Wanita - Ayda Jebat

3. Anugerah Fesyen MeleTOP - Datuk AC Mizal

4. Artis Baharu MeleTOP - Mira Filzah

5. Bintang Online MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza

6. Anugerah Couple MeleTOP - Johan & Ozlynn

7. Program Radio MeleTOP - JoHaRa Pagi ERA

8. Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majestret

9. Penyanyi MeleTOP - Ayda Jebat

10. Lagu MeleTOP - Siapa Diriku (Ayda Jebat)

11. Program TV MeleTOP - Gegar Vaganza 2015

12. Drama TV MeleTOP - M.A.I.D

13. Pelakon MeleTOP - Ayda Jebat

14. Hos TV MeleTOP - Datuk AC Mizal

15. Artis Lawak MeleTOP - Johan

16.  Penyampai Radio MeleTOP- Johan

17. Filem MeleTOP - Polis Evo

18. Bintang Filem MeleTOP - Zizan Razak

19. Anugerah Khas MeleTOP - Pengulas Bola Zulkarnain Hassan. 

Tags / Kata Kunci: Anugerah Meletop 2016

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan