Altimet & The Kawan Band, Yuna Diundang Sertai Festival SXSW 2016

Diterbitkan: Sabtu, 27 Februari 2016 5:30 AM

Altimet buat pertama kali akan mengadakan persembahan di festival South By Southwest 2016 (SXSW) di Austin, Texas yang bakal berlangsung pada 11 hingga 20 Mac depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi rap Altimet bersama kumpulannya The Kawan Band diundang untuk mengadakan persembahan pada festival South By Southwest 2016 (SXSW) di Austin, Texas yang bakal berlangsung pada 11 hingga 20 Mac depan.

Altimet bakal mengadakan persembahan di Russian House pada 17 March dengan mendendangkan rangkaian lagu rap dengan elemen muzik tradisional Malaysia seperti joget dan zapin pada festival muzik dan filem terbesar di Amerika Syarikat itu.

Mereka dijangka akan menghiburkan penonton selama 45 minit dengan menyampaikan lagu-lagu nyanyiannya namun dengan susunan muzik terbaharu.

Sementara itu, penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika iaitu Yunalis Zarai atau Yuna turut mengadakan persembahan pada 17 Mac di Speakeasy.

Yuna.

Ia adalah kemunculan kedua penyanyi yang baharu sahaja muncul dengan single duet bersama penyanyi R&B terkenal Usher iaitu Crush.

SXSW pertama kali diadakan pada 2010 dengan tujuan untuk mengembangkan kerjasama penggiat seni dari seluruh dunia menerusi muzik, filem dan pembentangan media baharu.

Persembahan Altimet dan The Kawan Band pada SXSW 2016 itu turut mendapat sokongan oleh One XOX dan Malaysia Airlines Berhad.

Tags / Kata Kunci: Altimet & The Kawan Band , Yuna , SXSW 2016

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan