Reza Hasbi Tahan Sakit Gara-Gara 'Showdown The Movie'

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 12:55 PM

Reza Hasbi harap bakatnya di Showdown The Movie diterima. Foto LOW BOON TAT.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Reza Hasbi terpaksa menahan kesakitan selama tiga minggu selepas ibu jari kanannya terseliuh ketika menjalani penggambaran filem
Showdown The Movie.

Reza atau nama sebenarnya, Muhamad Ridzuan Hasbullah, 27, bagaimanapun berkata, dia mendapatkan rawatan bagi kerana kecederaan tersebut di hospital kerana bimbang penggambaran yang ketika itu di Pulau Pinang akan tertangguh.

"Pengalaman semasa penggambaran ialah ibu jari saya terseliuh kerana menari dan ia membengkak. Saya tidak ke hospital kerana tidak mahu penggambaran tertangguh disebabkan saya.

"Jika penggambaran tersebut ditangguhkan ia akan menyusahkan pihak produksi kerana ramai pelakon tambahan digunakan untuk hari tersebut," ujarnya kepadamStar Online.

Antara barisan pelakon yang hadir pada majlis pelancaran Showdown The Movie.

Reza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Showdown The Movie terbitan Grand Brilliance yang diadakan di Restoran The Bee, di sini, Khamis.

Tambah Reza, antara cabaran lain ialah dia terpaksa memasuki kelas tarian untuk menari dalam tempoh yang singkat iaitu dua minggu sebelum memulakan penggambaran.

"Saya memang penari dahulu tetapi sudah dua tahun tidak menari, jadi mereka memberi masa dua minggu untuk berlatih sebelum mula penggambaran.

"Ketika itu memang agak tertekan kerana susah dan saya menangis dalam kereta sebab memikirkan bahawa saya tidak mampu melakukannya, namun Alhamdulillah ramai yang membantu saya," ujarnya.

Sementara itu, Reza berharap filem tersebut dapat membuka mata pengarah-pengarah tempatan dan masyarakat tentang kewujudanya dalam industri seni tanah air.

Katanya, ia merupakan peluang keemasan kepadanya untuk dikenali selepas enam tahun berada dalam bidang lakonan tanah air.

"Kalau diikutkan saya sudah berada dalam industri sejak tahun 2010 selepas menyertai program Pilih Kasih pada 2009. Namun, saya akui belum ada rezeki saya untuk popular.

"Saya berharap sangat filem ini mendapat sambutan menggalakkan dan secara tidak langsung ia akan membuka mata penerbit dan pengarah melihat bakat saya," ujarnya.

Filem ini merupakan adaptasi daripada rancangan realiti pertandingan tarian, Showdown yang pernah merangkul beberapa anugerah dan jumlah penonton yang tinggi.

Antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Izara Aishah, Iedil Putra, Azad Jazmin, Ammar Alfian, Maria Farida, Esma Daniel dan Jehan Shukri.

Filem Showdown The Movie merupakan arahan Khairil M.Bahar ini bakal ditayangkan pada 7 April depan di sleuruh pawagam tanah air.

Tags / Kata Kunci: Showdown The Movie , Reza Hasbi

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan