'The Rejection' Kisah Budak Punk, Projek Artis Jadi Pelajar

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 6:00 AM

Para artis dan mereka yang terlibat dalam The Rejection. FOTO: CHAN TAK KONG

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Pengarah filem Raja Mukhriz akan menghantar dokumentari The Rejection hasil karya pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Industri Kreatif Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk bertanding pada Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28)  tahun ini.

Raja Mukhriz atau nama sebenarnya Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, 43  berkata, selain memenuhi projek subjek Pembangunan Masyarakat yang diambil penuntut jurusan berkenaan, penyertaan menerusi festival itu dapat menaikkan lagi nama UUM yang memperkenalkan kursus itu pada tahun lalu.

"Saya bersama-sama 40 penuntut semester pertama jurusan berkenaan menghasilkan dokumentari itu pada awalnya sebagai memenuhi keperluan subjek Pembangunan Masyarakat.

"Apabila ia siap kami melihat ia mempunyai potensi untuk dipertandingkan dalam FFM dan berhasrat untuk menghantar penyertaan pada tahun ini," katanya kepada mStar Online.

Raja Mukhriz ditemui pada majlis pra-tonton dokumentari berkenaan di Kafe Skrin, Ampang di sini, Rabu.

Raja Mukriz

Ia diarahkan oleh Pekin Ibrahim dan mengisahkan mengenai gelandangan di kalangan golongan remaja punk yang tidak pernah diketengahkan sebelum ini.

Selain Raja Mukriz dan juga Pekin, artis lain yang menjadi pelajar dan terlibat dalam projek itu ialah Tomok, Kautsar (Alam Band), Zahid, Aril, Ammar AF, Maulana, Laika AF, Adiba Yunus, Ristoe dan Achap (Pretty Ugly).

Dalam pada itu, Raja Mukhriz berkata, menerusi projek berkenaan ia cuba mendekati dan menyelami sub-culture punk dalam mencari titik permasalahan kepada punca gelandangan di kalangan golongan itu.

"Di sebalik tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka kami cuba menyelami apa sebenarnya punca penolakan golongan ini termasuk keluarga sendiri sehingga pada akhirnya mereka menjadi gelandangan.

"Pekin juga menggerakkan hala tuju The Rejection mengikut sisi pandangannya selain mengambil masa tiga hari untuk bergaul dan mengkaji watak sebenar golongan itu," ujarnya.

Sementara itu, Pekin berkata, idea untuk mengetengahkan subjek berkenaan adalah daripadanya dan dipersetujui oleh rakan lain dalam kelas mereka.

Jelas Pekin, dia mahu menghasilkan sesuatu yang dekat dengan dirinya selain ia sudut pandangannya sebagai pelakon.
Tags / Kata Kunci: The Rejection , Pekin , Raja Mukriz

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan