Perlawanan Bola Sepak 50 Artis Untuk Yus (Jambu)

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 5:30 AM

Gambar kenangan Allahyarham Yus (Jambu - berdiri tiga dari kiri) bersama rakan-rakan yang menyertai Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC). FOTO: Ihsan Danny (X-Factor)

(Ubah saiz teks)

DIKEMAS KINI

PETALING JAYA: Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC) yang disertai lebih 50 selebriti akan mengadakan Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Selebriti/ All Stars 2016 bagi mengumpul sumbangan untuk keluarga Allahyarham Yus (Jambu).

Wakil kelab itu, Danny (X-Factor)  berkata, perlawanan itu akan diadakan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini 29 Februari (Isnin) ini, pukul 8 malam yang akan menghimpunkan kira-kira 50 artis tanah air.

"Misi perlawanan ini ialah untuk mengeratkan hubungan sesama artis selain bagi mengutip sumbangan untuk diberikan kepada keluarga Allahyarham pelawak Pak Yus,” katanya kepada mStar Online.


Sebahagian daripada ahli Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC) yang akan menyertai perlawanan bola sepak pada Isnin ini.

Selain Danny sendiri antara artis yang terlibat dalam kejohanan itu ialah Syed Aiman,  Achey dan Fad (Bochey), Zahid, Aweera, Aidit Marcello, Fizo Omar, Datuk AC Mizal, Black Hanifah, Kamal Adli, Sabhi Sadhi dan juga Suria FM All Star FC.

Katanya, kejohanan itu juga adalah satu tribute sebagai mengenangkan penglibatan Yus dalam kelab berkenaan.

"Allahyarham Pak Yus antara artis yang pernah menyertai MASC mewakili kumpulan Raja Lawak United yang ditubuhkannya.

"Menerusi kejohanan kali ini, kami terpanggil untuk menganjurkan satu perlawanan berkonsep amal selain mengeratkan hubungan dengan peminat,"  katanya.

Ujarnya, orang ramai yang menyaksikan perlawanan itu bukan sahaja boleh beramah mesra dengan artis yang hadir malah mereka juga boleh membuat sumbangan peribadi bagi tujuan berkenaan.

Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo meninggal dunia pada 30 November 2015 akibat serangan jantung selepas mengadakan persembahan.

Tags / Kata Kunci: Danny , Yus (Jambu)

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan