Zarina (AF2) Gantikan Haiza Di Best FM

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 5:08 PM

Zarina (kiri) dan gandingannya iaitu deejay Zairi. FOTO: Rohaizat Md Darus.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Teka-teki siapakah deejay Best FM yang menggantikan Haiza terjawab apabila stesen radio itu mengumumkan bekas peserta Akademi Fantasia muzim kedua (AF2) iaitu Zarina Zainoordin memikul tugas itu.

Stesen itu dalam kenyataannya kepada mStar Online berkata, sejak dua minggu lalu Zarina, 32, telah mengendalikan segmen Best Pagi Best FM bersama Zairi namun identitinya dirahsiakan sehinggalah ia diumumkan pada Rabu.

Menerusi gandingan terbaharu itu, pasangan berkenaan bakal dikenali sebagai Double Z.

Barisan DJ Best FM dari kiri, Fiezah, Zairi, Zarina dan Azieqa. FOTO: ROHAIZAT MD DARUS

Mereka akan menemui pendengar setiap hari Isnin hingga Jumaat selama empat jam bermula 10 pagi.

Haiza yang bertugas di stesen itu sebelum ini tidak berhasrat menyambung kontraknya kerana ingin memberi tumpuan dalam bidang nyanyian sejak menyertai Gegar Vaganza 2015.

Best FM beroperasi di Johor Baru, Johor.
Tags / Kata Kunci: Zarina , Haiza

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan